Jambatan konkrit di Lebuh Pasar Besar berhampiran Pasar Seni di sini, menjadi saksi kedaifan hidup sebuah keluarga gelandangan di tengah-tengah kemajuan ibu negara.
Kawasan itulah menjadi ‘rumah’ buat Juliana Jamil, 38, bersama suaminya yang hanya mahu dikenali sebagai ‘Bob Komando’ dan empat anak mereka berusia antara empat hingga 10 tahun berteduh sejak tahun lalu.
Ketika kanak-kanak lain berpeluang ke sekolah, anak-anak mereka iaitu Nor Azman, 10, yang juga kurang upaya, Nur Hidayati, 9, Nor Haikal, 5, dan Nur Fatehah, 4, hanya menghabiskan kehidupan seharian dengan merayau-rayau di sekitar kawasan itu.
Lebih menyayat hati apabila melihat anak-anak pasangan ini, terpaksa mandi menggunakan air longkang yang entah dari mana sumbernya. Bagi mereka bersih atau tidak air itu bukan isu utama kerana yang paling penting dapat menyegarkan tubuh masing-masing.
Dengan pendapatan keluarga ini hanya kira-kira RM7 sehari daripada hasil menjual barangan lusuh yang dikutip di tempat awam dan tong sampah, sudah tentu mengisi perut menjadi keutamaan pasangan ini daripada memberi pendidikan kepada anak-anak.
Menurut Juliana, mereka yang berasal dari Johor terpaksa hidup merempat sejak Jun tahun lalu ekoran tidak mempunyai kemampuan untuk menyewa rumah. "Suami saya hanya mengutip tin dan botol kosong dengan meraih pendapatan yang tidak seberapa untuk menyara keluarga.
"Anak-anak tidak bersekolah dan hanya bermain di sekitar kawasan ini. Kadangkala mereka cuma meraih simpati orang ramai untuk mendapat sedikit makanan dan wang," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini. Tinjauan Utusan Malaysia di kawasan itu juga mendapati longgokan barangan lusuh yang menimbulkan bau kurang menyenangkan menjadi ‘teman’ keluarga ini.
Mereka juga menggantung pakaian di tembok di bawah jambatan itu manakala pakaian yang baru dicuci dibiarkan di atas lantai untuk dikeringkan oleh cahaya matahari. Menurut Juliana, pada waktu malam mereka biasanya tidur di bawah jambatan itu dengan beralaskan kotak dan plastik kanvas. Ujarnya, kadangkala mereka melelapkan mata berhampiran kaki lima kedai di kawasan berhampiran.
"Memanglah tidak selesa kerana bunyi bising enjin kenderaan yang lalu lalang di atas jambatan ini. Tetapi kami tiada pilihan. Tidak ada sesiapa yang mahu hidup seperti ini tetapi buat masa ini kami terpaksa menempuhnya juga," katanya.
Musim hujan sejak kebelakangan ini di sekitar ibu kota, benar-benar mencabar ketabahan mereka sekeluarga. "Pada waktu malam suhu sangat sejuk, saya bimbang anak-anak demam atau selesema," kata Juliana.
Dalam nada hiba, Juliana berkata, dia tidak pernah sekalipun membayangkan akan menempuh hidup bergelandangan apatah lagi derita itu terpaksa ditempuh bersama anak-anak yang masih kecil.
"Pada waktu malam saya menangis kerana kami terpaksa hidup begini. Mungkin saya dan suami boleh menempuh kesusahan hidup, tetapi sudah tentu kami tidak mahu anak-anak hidup dalam keadaan daif selama-lamanya.
"Bagaimanapun, saya terharu kerana anak-anak kami faham dengan kesusahan yang terpaksa dilalui ketika ini, mereka memang anak yang baik," katanya. Hanya satu harapan Juliana, iaitu mendiami sebuah rumah yang sempurna dan selesa sekali gus dapat meninggalkan terus ‘syurga’ di bawah jambatan di tepi Sungai Klang itu. josrevalution

0 comments:
Post a Comment