Aku tahu ramai yang mencemuh Fareedah dan Mawar termasuk di kalangan blogger. Mungkin yang mencemuh ini kurang faham perjalanan sesebuah bisnis dan ada juga yang suka ikut-ikut. Orang kutuk kita pun menumpang kutuk.
Kartunis Ujang hilang jenama
Aku nak bawa satu kisah. Dulu ada seorang kartunis bernama Ujang sangat popular di majalah humor Gila-Gila. Jenama “UJANG” sangat popular sehingga beliau bersama seoarang rakan kongsi telah membuat majalah humor sendiri bernama “UJANG”. Kesilapan kartunis Ujang apabila beliau tidak trademark nama “Ujang” yang akhirnya di trademark oleh orang lain. Kartunis Ujang telah disingkir dari syarikat penerbitan majalah humor Ujang. Kartunis Ujang berjuang untuk mendapat semula jenama “Ujang” naik turun makamah tetapi gagal sehingga khabarnya dia muflis papa kedana. Hari ini kartunis Ujang entah dimana tetapi majalah humor Ujang masih ada di pasaran tetapi hak orang lain.
Baru-baru ini seorang pengusaha kosmestik yang terkenal di Malaysia terpaksa mengeluarkan modal yang besar untuk membeli semuala jenama mereka yang telah di trademark oleh orang lain kerana kelalaian tidak trademark jenama mereka. Ini antara sebahagian beribu kisah kejahilan usahawan Melayu yang terlupa untuk trademark dan paten jenama dan produk mereka.
Kepentingan trademark dan paten
Di peringkat dunia kita sudah biasa melihat persaingan paten antara Samsung dan Apple sehingga terpaksa membayar saman berjuta dollar. Paten produk dari sekecil produk hingga sebesar produk telah menjadi amalan perniaga luar negara untuk melindungi hak intelektual. Jadi apasalahnya Fareeda mempatenkan tudung rekaan mereka. Tak kisahlah bagaimana model tudung mereka dari sudut perniagaan mereka ada hak untuk mempatenkan hasil kerja mereka. Usahawan Melayu lain juga mesti mencontohi mereka walaupun anda hanya perniaga kecil tepi jalan. denaihati.

0 comments:
Post a Comment