Filled Under:

Imam Masjid Di Singapore Dibayar 12 Dolar Untuk Sekali Solat


Menjadi imam solat di Singapura mempunyai keistimewaan kerana mereka dibayar 12 SGD setiap kali imamkan solat. Contoh imamkan solat di masjid Masjid Al Falah (Al Falah Mosque) yang terletak di Orchard Road.

Salah seorang imam Ustaz Sahid dibayar 12 SGD untuk sekali salat pada hari Isnin-Khamis, manakala hari Sabtu-Ahad dia dibayar 15 SGD sekali solat. Sekiranya dia bertugas imamkan solat solat Maghrib dan Isya’ pada malam minggu, dia akan 30 SGD.

Bilal akan dibayar 8 SGD sekali solat dan ketika hujung minggu dibayar 10 SGD sekali solat.


Menurut Sahid, pemerintah Singapura tidak terlalu mencampuri urusan agama di negeri ini. Beliau mengaku menerima gaji dari pihak pengurusan masjid, sedangkan Majlis Ulama Islam Singapura (MUIS) memberikan bantuan operasi sebanyak 12 peratus daripada dana yang dimiliki masjid tersebut.

Di Singapura, menurutnya, ada 114 masjid dan penganut agama Islam juga semakin bertambah. “Ramai orang Tionghua di Singapura yang mula berminat untuk memeluk Islam. Mereka juga banyak belajar mengenai Islam di masjid ini,” ujarnya.

Pada waktu ini Singapura mempunyai penduduk sekitar 5 juta orang dengan 75 peratus warganya adalah keturunan Tionghua. Agama Islam kini menjadi agama kedua terbesar selepas agama Buddha.


penpatah




0 comments:

Post a Comment