Raja Ilya terima pencalonan dalam kategori Pelakon Tv Wanita Popular di ABPBH 2013 yang akan diadakan pada April depan.
Pelakon Raja Ilya sering membayangkan dia akan dibenci peminat gara-gara sering membawakan watak antagonis dalam drama atau pun filem.
Raja Ilya, 29, bagaimanapun berkata, dia pelik apabila peminatnya menyukai dia membawa peranan tersebut berbanding watak gadis baik atau pun komedi.
"Selalunya orang benci dengan seseorang pelakon yang memegang watak jahat tetapi sebaliknya yang terjadi kepada saya apabila peminat menyukai saya kerana watak jahat," katanya kepada mStar Online.
Raja Ilya pertama kali mendapat pencalonan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) menerusi kategori Pelakon Wanita TV Popular.
Anugerah itu bakal berlangsung pada 6 April 2014 di Arena of Stars, Genting Highlands, Pahang.
Dalam pada itu, Raja Ilya berkata, dia mengakui popularitinya semakin meningkat bukan sahaja kerana peminat di kalangan orang Melayu tetapi juga kaum India.
Jelasnya peminat India turut menubuhkan kelab peminat untuknya selain 'fan page' di Facebook yang kini telah mencecah 10,000 pengikut.
"Saya terlebih dahulu dikenali di kalangan peminat India ekoran banyak membintangi drama dan filem berbahasa Tamil termasuk arahan Afdlin Shauki iaitu Appalam.
"Populariti saya semakin meningkat selepas muncul dalam drama bersiri Di Mana Hilangnya Juita dan Dahlia yang turut memperkenalkan saya di kalangan peminat Melayu," katanya yang fasih berbahasa Tamil.
Tambah Raja Ilya, dia turut mengakui populariti yang diraihnya di kalangan peminat India dan Melayu menjadi faktor kepada pencalonannya dalam ABPBH 2013.
Dalam perkembangan lain, Raja Ilya dia bakal terbang ke India pada Februari depan untuk menjalani penggambaran sebuah filem Tamil berjudul Briyani.
Filem yang diarahkan oleh Venkat Prabhu itu bakal dibintangi oleh Karthi dan Hansika Motwani.
"Selain filem Tamil, saya kini sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri Kalimah Jiwa untuk slot Azalia di TV3 dan Kata Hati arahan Rashid Sibir," katanya.

0 comments:
Post a Comment