Filled Under:

Lisdawati Ubah Skrip Kerana Gagal 'Sorok' Perut

Lisdawati

Pelakon Lisdawati mengakui terpaksa menukar skrip dan sedikit jalan cerita drama Bukan Karana Aku Tak Cinta kerana kandungannya yang semakin membesar apabila mencecah enam bulan.

Lisdawati, 36, berkata, dalam drama itu dia terpaksa memaklumkan mengenai keadaan kandungannya iaitu pada episod ke 40 walaupun pada asalnya ia tiada dalam skrip.

"Ketika mendapat skrip cerita ini saya belum lagi mengandung tetapi disebabkan penggambaran banyak kali tertunda sehingga dijadualkan tamat sekitar Februari depan, kandungan saya semakin besar dan boleh kelihatan di televisyen.

“Disebabkan perkara itu, pihak produksi terpaksa merombak skrip dan apa yang bakal ditonton nanti adalah kandungan sebenar saya," katanya ketika ditemui mStar Online.

Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta mula disiarkan sejak 9 Disember lalu pada setiap Isnin hingga Rabu bermula pukul 10 malam di Astro Mustika (saluran 134).

Bagaimanapun, Lisdawati bersyukur apabila tidak menghadapi sebarang masalah sepanjang menjalani penggambaran drama 60 episod itu.

Bercerita tentang aktiviti seni, Lisdawati berkata, buat masa ini dia masih aktif dengan penggambaran drama dan promosi produk Bio Delima.

"Saya sudah biasa ketika mengandungkan anak pertama dan kedua dahulu pun saya aktif berlakon sehingga benar-benar keadaan tidak mengizinkan.

"Sekarang ini saya habiskan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta dan masih menerima tawaran drama yang bersesuaian dengan keadaan saya termasuk mempromosi produk Bio Delima," katanya.

Dalam pada itu, Lisdawati berkata, dia yang mengharapkan untuk menimang cahaya mata lelaki tidak mahu terlalu gembira biarpun doktor telah memberitahu kandungan tersebut merupakan bayi lelaki.

Kata Lisdawati, dia hanya berserah dan menerima apa juga jantina yang dikurniakan Allah kepadanya.

"Saya memang inginkan anak lelaki sebab dah ada dua anak perempuan tetapi saya tidak mahu terlalu berharap kerana takut kecewa,” katanya.

Hasil perkahwinan dengan pelakon Fauzi Nawawi, 41, dia dikurniakan dua anak iaitu Farhana, 5, tahun, dan Fazneesya, 4 tahun.




0 comments:

Post a Comment