Filled Under:

Pierre Andre Tak Pernah Anggap Mikail Sebagai Adik



Pelakon serta pengarah, Pierre Andre mempunyai jawapan tersendiri mengapa dia sering mengambil adiknya, Mikail Andre berlakon dalam setiap filem arahannya. Menurut anak kepada Khatijah Tan ini, dia selesa bekerja dengan pelakon baru kerana mengakui mereka banyak memudahkan kerjanya sebagai seorang pengarah.


“Saya ambil Mikail bukan sebab dia adik saya. Lagipun, kuasa memilih pelakon bukan di tangan saya kerana semuanya terletak di tangan David Teo. Saya juga tak pernah anggap dia sebagai adik saya ketika berada di set. Memang darah kami sama, namun di set saya pengarah, dia pelakon. Saya melakukan ‘casting’ kepada dia sama saja seperti pelakon-pelakon lain. 

Malah, saya lebih tegas dengannya dan dia juga merupakan orang yang paling banyak dimarahi saya. Bagi saya, manusia hanya nak mencari benda tak baik dan saya tak salahkan sesiapa dalam hal ini. Negara kita negara demokrasi dan semua berhak untuk bersuara. Apapun, Mikail sesuai dengan watak dalam filem ini dan dia sendiri banyak berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam filem ini,” ujar Pierre memberitahu senang bekerja dengan pelakon baru.

“Saya berminat untuk mengambil artis baru kerana mereka banyak menyenangkan kerja saya. Bukan saya tak berminat atau tak nak ambil pelakon luar, namun saya perlu utamakan artis di bawah pengurusan MIG terlebih dahulu sebelum mengambil artis luar. 

Saya puji dengan David Teo kerana dia berani untuk mengangkat serta menggilap bakat-bakat baru. Lagipun, kebanyakan artis luar ada jadual mereka sendiri dan mereka tidak mempunyai kelapangan untuk berlakon filem ini,” kata Pierre ketika ditemui pada majlis tayangan media filem ‘Muka Surat Cinta’ baru-baru ini.

Jangan ketinggalan untuk menonton filem terbaru Pierre, ‘Muka Surat Cinta’ yang sudah berada di pawagam sejak 16 Januari lalu. Filem genre romantik ini dibintangi oleh Mikail Andre, Nina Iskandar, Azwan Kombos, Atikah Suhaime, Hilal Azman dan ramai lagi.




0 comments:

Post a Comment