Filled Under:

Adib Khalid, Anak Datuk K Respon Gosip Cinta Dengan Pelakon?


Awal pagi tadi beberapa media tempatan mengeluarkan kenyataan seorang pelakon baru, Nina Iskandar yang menjawab gosip cintanya dengan salah seorang anak Datuk K bernama Adib Khalid.

Menerusi penjelasannya di dalam portal Malaysian Digest, Nina yang berasal dari Brunei menyatakan Adib hanyalah sekadar peminat biasa dan menganggap gosip cinta tersebut sebagai sesuatu yang normal.

Nina Iskandar, pelakon filem Mukasurat Cinta


Bagaimanapun sebentar tadi menerusi laman Twitter, anak tiri kepada Dato’ Siti Nurhaliza itu telah menulis sesuatu seolah-olah menafikan kenyataan Nina.



Apa yang difahamkan, Adib seperti memberi kenyataan balas kepada Nina dengan menjelaskan dia tidak meminati sesiapa.

Nina dan Adib sewaktu hadir ke pratonton filem berkenaan tempoh hari

Adakah status tersebut ditujukan kepada pelakon berkenaan? Namun apa yang pasti, majikan Nina, Mejar K David Teo sama sekali tidak menghalang sekiranya mereka mahu berkawan.




0 comments:

Post a Comment