Barangkali Neelofa berat hati untuk meninggalkan pengalaman manis yang dihadapinya sepanjang bergelar pelajar meskipun dalam masa yang singkat.
Apa yang pasti, Neelofa benar-benar menikmati masa yang ada dengan menghadiri kelas dan berhibur bersama rakan-rakannya setiap kali mempunyai waktu terluang.
Malah anak kelahiran Kelantan ini juga langsung tidak melupakan peminatnya dengan berkongsi foto-foto sepanjang menjalani kehidupan di Amerika Syarikat.
Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, Neelofa sempat melawat beberapa tempat menarik sambil belajar antaranya Universal Studios European Backlot yang pernah menjadi lokasi penggambaran filem Pirates of the Caribbean dan juga lokasi drama Desperate Housewives di Wisteria Lane.
Dalam masa yang sama, para peminat mengharapkan Neelofa akan kembali mengacarakan rancangan Meletop sebaik dia menamatkan pengajian.
0 comments:
Post a Comment