Filled Under:

Paneh!! Ini Jawapan Mawar Fareeda Di Tuduh Layan Customer Macam ‘Lembu’

BANGI – Meskipun sudah ditegur oleh pelbagai pihak termasuk Wardina Safiyyah, namun pihak Fareeda seakan tidak mengambil pusing akan teguran mengenai insiden Sabtu lalu.

Ditambah pula dengan maklumbalas yang diberikan oleh admin Facebook rasmi Fareeda, mencetuskan lagi rasa geram netizen terhadap mereka.

“Rugilah tak minat, peminat Fareeda di page ini pun dah lebih sejuta,” katanya menjawab Emazona bt Nawar.

Menjawab persoalan mengapa ada kaum lelaki turut beratur mendapatkan nombor, adminnya menjawab, “Sebab jual balik untung banyak. Bijak mereka ni,” katanya.

Difahamkan, ini bukan pertama kali admin laman FB Fareeda melayan likers mereka dengan cara yang tidak profesional ini. Tidak hairanlah Wardina melabelkan mereka melayan pelanggan seperti lembu atau kambing.

Dalam kenyataan kepada Sinar Harian, Pengarah Fareeda Global Resources Sdn Bhd, Mawar Abdul Karim, berkata, pada awalnya mereka hanya menjangkakan hanya 1,000 pelanggan yang datang. Pengedaran tiket mula diagihkan dari jam3.30 petang sehingga jam 4.30 petang dan 1,500 tiket telah habis diedarkan.

Sambutan yang hangat itu telah memaksa pihaknya mengeluarkan lebih 500 lagi tiket untuk diagihkan dan habis dalam tempoh hampir 3 jam.

Mengulas mengenai insiden pelanggannya tolak menolak dan berhimpit tanpa mengira batasan lelaki dan perempuan, Mawar berkata, apa yang penting ialah tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

“Yang lebih penting, tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku walaupun berlaku tolak menolak. Segalanya berjaya dikawal oleh anggota Rela bersama pihak pengurusan,” katanya

Sumber




0 comments:

Post a Comment