Filled Under:

Cara Mudah Membuat Pengeluaran KWSP Akaun 2, Syarat Simpanan Melebihi RM 500

Entri ni sekadar untuk melengkapkan Panduan Membeli Rumah yang saya tulis sebelum ni. Alang-alang saya pun buat pengeluaran KWSP akaun 2 baru-baru ni, eloklah saya kongsikan.

Saya terangkan berdasarkan maklumat lanjut yang KWSP bagi. Rujuk sini. Dalam entri ni, saya tambah beberapa info mana yang berkaitan.
Tujuan

Of course untuk beli rumah la. Bukan untuk beli kereta atau renovate rumah.

Bagi rumah kedua, boleh keluarkan dengan syarat rumah pertama yang dibeli dan ada buat pengeluaran dilupuskan hak. Tak kisahlah samada jual ke, tukar nama kepada ahli keluarga lain ke, kena lelong atau apa sahaja.
Kelayakan

Minimum amaun yang perlu ada dalam akaun ni adalah RM500. Boleh keluarkan sepenuhnya.
Syarat-syarat

Pengeluaran dibuat dalam masa 3 tahun daripada tarikh S&P. Lebih daripada tu, tak boleh dah. Kena beli hartanah lain untuk buat pengeluaran, kalau belum pernah buat pengeluaran.

Yang bestnya, boleh keluarkan lebih daripada sekali asalkan amaun yang dikeluarkan tak melebihi amaun kelayakan. Contoh macam ni. Saya keluarkan sekarang RM50k. Sebelum tamat 3 tahun tempoh daripada tarikh S&P, saya boleh keluarkan lagi seberapa banyak yang boleh asalkan tak melebihi amaun kelayakan. Syaratnya, pengeluaran mestilah setahun selepas pengeluaran yang sebelumnya dan of course, untuk rumah yang samalah. Kalau rumah lain, rumah pertama tadi kena lupuskan hak (jual / tukar nama). *Sila rujuk dengan pegawai KWSP. Saya diberitahu macam ni oleh pegawai yang saya temui, tapi ada yang lain cakap lain. Mungkin info yang saya dapat salah.
Amaun Kelayakan

Kalau tanya orang yang tak berapa tau, ada yang cakap 10%, ada yang cakap 20% daripada harga rumah. Salah. Formula pengiraan dia macam ni:

Harga Rumah – Jumlah Pembiayaan Rumah* + 10% daripada harga Rumah = Amaun Kelayakan

Contoh pengiraan:
Harga rumah = RM360,000
Jumlah pembiayaan = RM288,000 (80% loan)
10% harga rumah = RM36,000
Amaun kelayakan = RM360,000 – RM288,000 + RM36,000 = RM108,000

(Tak termasuk insuran / lawyer fee yang dimasukkan dalam loan)

Dekat amaun kelayakan ni saya nampak kelebihannya. Ada peluang nak tambah hartanah lagi selepas setahun atau dua tahun membeli rumah pertama dengan tambahan duit simpanan akaun 2 KWSP ni.
Dokumen

Penting untuk pastikan semua dokumen ada. Bagi salinan dokumen seperti S&P, title dan bank punya loan offer letter, benda ni perlu disahkan. Dokumen tak diterima kalau tak disahkan.

Bagi yang nak buat pengeluaran lebih daripada setahun tarikh S&P, mesti sertakan penyata loan terkini daripada bank.

Lain-lain dokumen seperti yang diterangkan dalam rujukan daripada KWSP tu.

Strategi Untuk Orang Muda

Biar rumah dibeli ada dua nama (suami & isteri) walaupun loan satu nama supaya dua-dua boleh buat pengeluaran. Had pengeluaran ikut had kelayakan, tiada had individu. Maksudnya had tadi takdelah 50:50 kalau dua nama. Boleh keluarkan ikut berapa yang ada asalkan tak lebih amaun kelayakan bagi hartanah tersebut.

Bergantung sepenuhnya kepada pengeluaran KWSP untuk deposit pembelian rumah pertama adalah agak mustahil. Jadi senang cerita, kumpul duit deposit secukupnya, atau gunakan cara lain untuk cukupkan deposit pembelian rumah. Nak guna personal loan pun boleh.

Pengeluaran ambil masa kurang dua minggu sekarang. Tak perlu tunggu lama, boleh dah cari hartanah seterusnya yang nak dibeli.

Digalakkan pengeluaran dibuat sepenuhnya sebelum tamat tempoh 3 tahun pembelian hartanah. Kenapa? Sebab rugi simpan duit dalam KWSP. Dahlah dividen tak tinggi, dengan polisi yang macam nak diubah untuk menyusahkan lagi pengeluaran, eloklah duit tu dikeluarkan dan dilaburkan untuk pembelian hartanah lain.



FYI, Urusan di kaunter KWSP tak sampai 30 minit untuk buat pengeluaran. Ingatkan lama, rupa-rupanya KWSP ni bukanlah macam badan kerajaan yang lain. hehe. Faham-fahamlah macam mana kan.

Sumber 




0 comments:

Post a Comment