“Saya masih belum lagi membeli keperluan bayi tapi hanya berkesempatan membeli sebuah stroller itu pun berwarna hitam,” katanya memulakan perbicaraan.
“Tetapi Awal kalau boleh semua dia nak beli, biasalah keterujaannya untuk menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya. Apa yang boleh saya katakan di sini, alhamdulillah apabila usia saya sudah mencapai 6 bulan ini saya telah hilang daripada alahan-alahan yang saya alami ketika di awal proses kehamilan ini”
“Alahannya adalah seperti saya tidak boleh diganggu atau dengar benda-benda yang bising dan disebabkan itulah di awal kehamilan, banyak saya menolak untuk menghadiri majlis hiburan dan seumpamanya. Saya ada juga memberitahu kawan saya mengenai apa yang saya alami ini dan mereka memberitahu bahawa ini semua berpunca dari kehamilan ini,” katanya ramah.
Scha turut memberitahu bahawa berat badannya kini meningkat kerana faktor pemakanannya dan dia juga turut menjelaskan akan berpantang seperti cara tradisional yang lama kerana mahu badannya kembali seperti sedia kala.
“Berat badan saya telah naik sebanyak 5kg sepanjang proses kehamilan ini dan saya sememangnya kuat makan nasi dan sebelum ini pun saya memang suka makan nasi. Kadang-kadang itu selepas makan nasi saya makan pula 3 keping roti”
“Sebelum ini saya pernah fikir berpantang secara koboi sahaja. Tetapi apabila dinasihatkan oleh ibu dan rakan-rakan yang lain saya akan kembali kepada asas iaitu berpantang seperti orang-orang dahulu berpantang untuk mengekalkan kesihatan dan juga untuk menambahkan susu badan”
“Lagipun, Awal ini suka tengok benda-benda yang cantik, elok dan disebabkan itu saya perlu menjaga penampilan diri sebelum dan selepas bersalin,” ujarnya.
Rajin Imbas Kandungan, Sudah Sediakan Nama Anak
Scha juga telah beberapa kali mengimbas kandungannya untuk mengetahui jantina sama ada bayinya itu nanti lelaki atau perempuan tetapi sehingga kini masih tidak dapat dipastikan lagi. Dia dan Awal juga telah merencanakan beberapa nama untuk bayi lelaki dan juga perempuan.
“Saya sudah scan tapi masih belum boleh lagi dapat dipastikan sama ada jantina bayi saya itu lelaki atau perempuan. Sudah tentu saya ada memilih beberapa nama untuk bayi saya dan kalau boleh saya suka nama-nama yang bersifat klasik, seperti Ibrahim kalau lelaki manakala kalau perempuan nama seperti Aminah tetapi Awal pula lebih kepada nama-nama yang ada pada zaman sekarang ini, dan akan kami gabungkan nama-nama tersebut,” ujarnya.
Selain itu dia tidak akan sesekali mengajar anak-anak yang bakal dilahirkan itu hidup secara bermewah kerana Scha mahukan mereka untuk lebih berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati sebagaimana dirinya dan Awal sendiri.
“Saya tak akan ajar anak-anak bermewah biarlah bersederhana sahaja seperti apa yang saya lalui biarlah mereka berusaha untuk mendapat sesuatu yang dihajati. Tetapi lain pula Awal apabila dia membeli bantal kanak-kanak yang berjenama ‘Dior’ dan saya tidak setuju dengan cara itu, bagi saya biarlah berpada-pada,” katanya.
Turut menceritakan pengalaman romantik sepanjang proses kehamilannya ini apabila Awal memasak untukknya.
“Perkara yang paling ‘sweet’ ialah apabila dia masak untuk saya. Kadang-kadang kita tahu dia sibuk tapi masih lagi ada masa untuk melayan saya,” tambah Scha al-Yahya lagi. gosipjemah
0 comments:
Post a Comment