Gosip mengenai hubungan cinta yang terjalin di antara Alyah dan Ramli MS masih lagi menjadi tanda tanya. Terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa mereka sudah pun berkahwin. Walaubagaimanapun, sehingga kini masih tiada jawapan yang kukuh keluar dari mulut Alyah mahupun Ramli MS sendiri.
Menerusi sebuah slot hiburan akhbar tempatan hujung minggu lalu, Alyah menyatakan bahawa beliau bakal menjawab segala persoalan umum mengenainya pada hujung tahun ini.
“Terpulang jika ada yang anggap saya sudah kahwin. Selama ini pun, saya tidak pernah mengaku atau menafikan persoalan yang berlegar dalam fikiran ramai. Ramai yang mengharapkan jawapan pasti, tetapi itu tidak bermakna saya cuba lari daripada kenyataan hidup.
Saya sendiri mengharap ada penamat di atas semua yang menjadi tanya tanya selama ini. Saya sedar benda ini terus berlarutan dan ramai yang akan bertanya. Selalunya orang akan tanya saya dan bukan dia (Ramli MS). Insya Allah akan tiba masanya, Alyah tanpa ragu akan merungkaikannya.
Selama ini, kalau pihak saya saja yang bersedia untuk menjelaskan sesuatu dan tidak di pihak sebelah sana, ia tak boleh terjadi juga. Dalam hal ini, banyak hati yang perlu dijaga. Saya tak boleh sewenang-wenangnya bertindak atau membuat keputusan sendiri.
Sekali lagi buat peminat atau sesiapa saja di luar sana tidak kira yang menyukai mahupun membenci diri ini, saya dengan rendah hati memohon doa daripada anda semua supaya pengakhirannya nanti terbaik buat semua.”
Berilah masa dan sedikit ruang buat Alyah memperjelaskan segalanya. Kami yakin ada sesuatu yang beliau akan sampaikan nanti. josrevalution

0 comments:
Post a Comment