Filled Under:
,

Tergamak Maki Ibu Sendiri Hanya Kerana 'Ariana Rose'


Budak-budak zaman sekarang memang gemar menjadikan laman sosial sebagai medium untuk melepaskan kemarahan kepada sesiapa sahaja termasuklah keluarga sendiri. 

Entah apa yang mereka dapat pun kami tak tahu. Sebagai contohnya, status yang ditaip di Twitter oleh seorang remaja perempuan ini.

Hanya kerana dileteri ibunya kerana belum menunaikan solat Maghrib kerana sibuk menonton drama bersiri popular ‘Ariana Rose’, dia dengan sewenang-wenangnya mencarut terhadap ibunya hingga terkeluar perkataan ‘babi’.


Walaupun tidak ditulis secara penuh, semua orang boleh mengagaknya, betul tak?

Kepada adik-adik di luar sana, kalau marah sekali pun, gunalah akal sikit.

Jangan lupa, insan yang kita beri gelaran tak elok itulah yang melahirkan kita ke dunia.

Kalau tak kerana dia, tak mungkin anda kenal dunia termasuklah ‘Ariana Rose’…huh! josrevalution




0 comments:

Post a Comment