Baru-baru ini, dia dikatakan tidak hadir ke satu sesi penggambaran sehingga menyebabkan pihak berkenaan mengalami kerugian dari segi masa dan wang ringgit.
Cerita tersebut ternyata menambahkan lagi calar pada imejnya yang sebelum ini pernah terpalit dengan kontroversi berikutan perbalahannya dengan penerbit eksekutif, Jalena Rejab sewaktu rakaman promo drama bersiri Ariana Rose di London.
Enggan membiarkan orang luar terus membuat spekulasi, Fathia tampil menjelaskan perkara itu menerusi Harian Metro:
“Saya betul-betul tak faham kenapa macam-macam benda timbul yang memburukkan nama saya satu persatu. Seolah-olah macam ada satu sabotaj untuk menjatuhkan saya. Bukannya saya tak datang langsung cuma lambat sedikit. Sebenarnya saya mengalami lelah teruk pada hari fotografi itu dan mereka sudah dimaklumkan.
“Apabila tiba di lokasi, mereka batalkan sesi itu kerana sudah lambat tapi mereka cakap semuanya okey sebab mereka faham kelewatan itu ada sebab kukuh. Tapi saya tak sangka pula ada yang menjaja cerita dan burukkan saya ke luar selepas itu.” MYNEWSHUB
0 comments:
Post a Comment