Filled Under:

Nur Fazura Maki Hamun Wartawan Sinar Di Twitter


Aktres Nur Fazura telah meluahkan rasa tidak puas hati mengenai sebuah laporan di akhbar tempatan dimana beliau dituduh enggan menjawab kontroversi bercumbu di khalayak ramai bersama Randy Seidman. 

Cara Fazura menegur wartawan tersebut pula kini dijadikan isu dan beberapa pihak mendakwa aktres tersebut mempunyai niat untuk bermusuh dengan wartawan.


Walaubagaimanapun, Fazura telah tampil untuk menafikan dakwaan tersebut dan turut menyifatkan kejadian yang berlaku kepadanya adalah bermotifkan dendam. 

“Semuanya bermula kerana dendam. Sebelum ini saya pernah menegur seorang wartawan kerana tersilap ejaan nama bapa saya. Bagaimanapun, selepas itu perkara ini menjadi lebih besar. Bagi saya jika beliau mengambil teguran saya secara positif dan memohon maaf, tentu ramai pihak akan lebih menghormatinya.

Tetapi, saya dapat tahu kejadian menegur kesalahan itu membuatkan segelintir wartawan tidak berpuas hati dengan saya dan merancang untuk mengenakan saya.”

Kami berharap agar perang dingin Fazura dana wartawan tersebut dapat diselesaikan secara baik. Jangan hanya kerana perangai buruk seorang wartawan, habis semua yang kena tempiasnya. josrevalution




0 comments:

Post a Comment