Filled Under:
,

Chong Wei gagal raih kejuaraan keempat


KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei gagal merangkul gelaran keempat tahun ini selepas kalah mengejut kepada pemain bukan pilihan, Simon Santoso dari Indonesia pada perlawanan akhir Kejohanan Siri Super Terbuka Singapura 2014 di Stadium Tertutup Singapura,hari ini.

Simon, yang mengejutkan pilihan kelima dari China, Du Pengyu pada Sabtu, mengalahkan Chong Wei dengan mata 21-15 dan 21-10 dalam masa 48 minit dalam aksi yang turut disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen tempatan.


"Sudah lama tidak bertemu Chong Wei. Yang pasti, kemenangan ini membuatkan prestasi saya kembali stabil untuk menghadapi kejohanan akan datang," kata Simon selepas perlawanan itu.

Simon membawa pulang wang tunai US$22,500 (RM72,792) manakala Chong Wei meraih US$11,400 (RM36,881) selaku naib juara.

SIMON (kiri) dan Chong Wei. FOTO AFP

Chong Wei sudah meraih tiga gelaran musim ini iaitu Terbuka Malaysia pada Januari, All England (Mac) dan Terbuka India, awal bulan ini. HMetro




0 comments:

Post a Comment