Filled Under:

Rozita Che Wan Hadiahkan BMW X6 Pada Anaknya!


MEMANG bertuah sungguh bergelar anak kepada pelakon jelita, Rozita Che Wan atau Che Ta. Baru – baru ini, anak sulungnya Ammar bakal dihadiahkan kereta mewah, BMW X6 atas kejayaannya memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lalu sekali gus memberikan tamparan yang baik kepada keluarga Che Ta dimana sebelum ini anaknya itu telah diberikan pendidikan yang secukupnya.

Memetik laporan akhbar tempatan, kereta tersebut merupakan impian Ammar sebelum ini. Khabarnya lagi, pembelian kereta itu akan dilakukan selepas urusan pembelian kereta untuk Che Ta sendiri selesai nanti.


Pelakon itu dikatakan sedang merancang untuk membeli sebuah kereta yang lebih besar untuk kemudahan mereka sekeluarga. Fuh, untunglah muda-muda dah merasa bawa kereta mewah! MYNEWSHUB




0 comments:

Post a Comment