Sebuah restoran, Basement Bistro di Amerika Syarikat dikatakan sangat eksklusif kerana setiap malam,restoran ini hanya memasak 15 hidangan yang disajikan untuk 18 pelanggan sahaja.
Damon Baehrel, pemilik restoran tersebut hanya menyediakan senarai menunggu kerana masakan yang dia sajikan benar-benar istimewa, salah satu hidangannya yang terkenal, Acorn Ice Cream Kon memerlukan masa satu tahun untuk disiapkan.
Perkara ini disebabkan kerana dia harus mengumpulkan biji-bijian, kemudian merendamnya selama berbulan-bulan untuk dijadikan bahan asas ais krim istimewanya. Kemampuan memasak bekas pelumba motocross ini dikatakan datang dengan sendiri. “Saya tidak pernah melakukan kajian atau belajar dari buku memasak.
“Menurut keluarga, saya hanya boleh melakukannya sendiri dan inspirasi itu akan datang terus dari alam.” katanya lagi. Untuk menikmati hidangan makan malam di restoran ini, pelanggan perlu menyediakan sekurang-kurangnya USD$225 bagi setiap hidangan.
0 comments:
Post a Comment