Filled Under:

PESAWAT MAS KE UK BERPATAH BALIK KERANA KEROSAKAN TEKNIKAL


Semalam gempar pula cerita sebuah pesawat Malaysia Airlines, MH004 dalam penerbangan ke United Kingdom terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berikutan kerosakan teknikal. 

Pesawat Airbus A380 yang berlepas pada jam 10 pagi itu sepatutnya dijangka tiba di Lapangan Terbang Heathrow, London pada jam 11 malam ini. Namun pesawat tersebut terpaksa berpatah semula ke KLIA setelah sejam di udara kerana mengalami kerosakan kipas paramotor (propeller) pada sayap kiri.

Menurut wartawan MySuara yang dihubungi oleh seorang penumpang MH004 tersebut, semasa sesi penundaan selama hampir empat jam tersebut menyatakan rasa trauma dengan insiden MH370 yang hilang 8 Mac lalu dan dikatakan berakhir di Lautan Hindi.

“Pagi tadi adik saya berseloroh supaya berhati-hati ketika melintasi Lautan Hindi. Apabila juruterbang memaklumkan pesawat menghadapi masalah teknikal dan terpaksa berpatah balik ke KLIA, saya berasa sangat cemas dan gementar,” Jelasnya penjawat awam yang dalam perjalanan untuk menyambung pelajaran peringkat sarjana.

“Apapun saya sedikit lega dengan tindakan pantas dan bijak juruterbang. Jika pesawat telah dibaiki sekalipun, saya rasa tidak sedap hati. Saya mungkin tidak dapat tidur lena untuk 12 jam penerbangan kali ini,” tambahnya.

Kerosakan teknikal tersebut bagaimana telah dibaiki dan penerbangan disambung semula pada jam 1.30 tengah hari tadi dengan pesawat yang sama. Pihak MAS tidak dapat dihubungi untuk penjelasan lanjut.


Sebelum ini, pada 23 Mac sebuah pesawat MAS MH006 dari Kuala Lumpur ke Incheon, Seoul terpaksa dilencongkan ke Hong Kong ekoran generator kapal terbang yang tidak berfungsi. Nampaknya semua yang terjadi kepada MAS akan menjadi perhatian dan bahan berita.




0 comments:

Post a Comment