Memikul tanggungjawab sebagai ibu dan bapa sendirian bukanlah mudah. Ditambah kos sara hidup yang tinggi menyebabkan pelakon jelita, Rita Rudaini sebak ketika mendengar pengakuan bekas suami pada perbicaraan kes tuntutan nafkah dua anaknya, baru-baru ini.
Pada sesi perbicaraan lalu, pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mohamad Aidil Zafuan, 27, memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, beliau hanya mampu membayar RM2,000 sebulan kepada bekas isterinya sebagai nafkah dua anak lelaki mereka.
Hasil perkongsian hidup bersama, Rita dan Aidil dikurniakan dua putera iaitu Airit Rayyan Rizqin,5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3. Bukan mahu berkira, namun pengakuan Aidil merentap naluri keibuan Rita. Biarpun mampu menyediakan kehidupan selesa buat anak-anaknya, Rita tidak mahu Aidil lupa tanggungjawabnya sebagai bapa.
Rasa sebak
“Saya sangat sebak sewaktu mendengar pengakuan Aidil. Bayangkan kos sara hidup sekarang bukannya murah, yuran sekolah saja sudah mahal. Belum lagi termasuk makan pakai dan sakit pening.
“Saya tidak tahu hendak kata apa. Dia tidak sepatutnya berkira dengan anak-anak. Janganlah disebabkan terlalu ingin menjaga hati banyak pihak, dia sanggup mengorbankan kebajikan anak, sedangkan dia sepatutnya mengutamakan anak terlebih dulu,” kata Rita ketika dihubungi HIP.
Bagaimanapun, ujar Rita, keputusan berhubung nafkah itu belum muktamad kerana masih ada dua lagi sesi perbicaraan yang akan bersambung Jun depan.
Rita yang berkahwin dengan Aidil pada 28 Februari 2008 sebelum sah bercerai September tahun lalu, memohon bekas suaminya itu supaya tidak melupakan tanggungjawabnya biarpun Aidil sudah mendirikan rumah tangga sekali lagi.
0 comments:
Post a Comment