Paras rupanya yang cantik dan menawan melayakkan dirinya untuk dinobatkan sebagai pemenang bagi pertandingan tersebut sekaligus menjadi detik itu sebagai titik mula bagi dirinya untuk melonjakkan diri dipentas kejayaan.
Walaupun kecewa dengan kenyataan yang harus diterima,ini tidak menghalang diri Nong Poy untuk meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun terpaksa berpura-pura menjadi seorang lelaki didepan kedua ibubapanya.Walaupun hanya untuk sementara waktu sahaja.
Setelah mencapai usia 17 tahun, Nong Poy memberanikan diri untuk melakukan pembedahan pengubahan jantina bagi memenuhi impian yang diimpikan sejak kecil lagi iaitu menjadi seorang perempuan. Walaupun terpaksa menanggung kesakitan yang teramat sangat dan terpaksa mengeluarkan wang yang banyak,namun semua itu terpaksa dilupakan demi mengejar impian tersebut.
Akhirnya,pembedahan itu berjaya mengubah dirinya daripada seorang lelaki menjadi seorang perempuan yang jelita. Berikut merupakan hasil daripada pembedahan tersebut yang bertahan sehinggalah ke hari ini.
0 comments:
Post a Comment