Filled Under:

22 JENIS HUKUMAN DISIPLIN YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN DI SEKOLAH

Hukuman Disiplin Dilarang Dilakukan Di Sekolah

Teringat kenangan ketika berada di bangku sekolah. Jika ada pelajar yang buat kesilapan hatta kesilapan yang kecil sekali pun, pastinya akan didenda seperti dijemur di tengah panas, bersihkan kelas, rotan dan sebagainya.

Namun tiada pula pelajar yang membuat laporan pada ibu bapa mereka. Kerana menganggap hal seperti ini adalah terlalu remeh untuk dilaporkan kepada ibu bapa meskipun pelajar tersebut beranggapan maruahnya sedikit tercalar akibat didenda oleh guru.

Di era ini, semua itu hanyalah kenangan. Bila dicubit sedikit, berpuluh-puluh panggilan telefon / mesej dari ibu bapa diterima oleh guru dek anak mereka mengadu tentang apa yang terjadi di sekolah, padahal anak mereka sendiri yang melakukan kesilapan walaupun telah ditegah atau diperingatkan.

Berikut ialah senarai hukuman displin yang telah dilarang daripada dilakukan di sekolah-sekolah Malaysia. Antara hukuman yang dilarang ialah ialah ketuk ketampi, ugut atau gertak, junjung kerusi, koyak buku latihan dan beberapa lagi hukuman “popular” satu ketika dahulu.

Nampak gayanya para guru hanya perlu datang ke sekolah, buka buku, mengajar, habis masa tutup buku dan balik. Kalau murid buat bising dan buat kacau, senyap je lah. Nak buat macam mana kan? -My Media Hub




0 comments:

Post a Comment