Filled Under:

Rekabentuk iPhone 6 Kini Hangat Diperbualkan


KUALA LUMPUR: Desas-desus rekabentuk iPhone 6 yang dijangka akan dikeluarkan di pasaran September ini, menjadi topik bualan hangat dikalangan penggemar produk Apple. Pelbagai teori dibuat dan pelbagai jenis gambar dimuatnaik di laman media sosial menunjukkan kemungkinan rekabentuk telefon pintar itu.

Namun, bagaimanakah rekabentuk telefon pintar itu, masih belum diketahui.




Apa yang pasti, penggemar telefon pintar Iphone tidak sabar menunggu keluaran produk terkini Apple itu yang dikatakan bakal membawa ciri-ciri baru yang sesuai dengan citarasa pengguna.

Menurut laporan portal berita Nikkei Business Daily, iPhone 6 datang dalam dua versi iaitu skrin berukuran 4.7 inci atau 5.5 inci dengan resolusi tinggi dan skrin yang lebih besar daripada produk sebelumnya.

Laporan tersebut yang tidak menyebut mana-mana sumber berkata, Apple telah membuat tempahan paparan skrin cecair kristal beresolusi tinggi menerusi syarikat elektronik gergasi Jepun, Sharp, Japan Display dan syarikat ternama Korea, LG Display.

Sementara itu, menurut laporan agensi berita Reuters, pengeluaran iPhone 6 dengan skrin berukuran 4.7 inci itu akan dikeluarkan lebih awal berbanding iPhone 6 dengan skrin berukuran 5.5 inci.

Menurut laporan sebelum ini, Apple dikatakan merancang untuk menggunakan kristal nilam atau sapphire pada paparan skrin telefon iPhone berkenaan yang akan membuat ia hampir mustahil untuk pecah.

Laman web 9to5Mac adalah yang pertama untuk melaporkan berita ini, yang mengatakan Apple dan GT Advanced bersetuju untuk menghasilkan sehingga 200 juta skrin gajet berkenaan.

Berbanding dengan kaca biasa, kristal nilam susah untuk pecah atau calar.

Ini menjadikan bahan yang sesuai untuk digunakan oleh Apple untuk keluaran iPhone seterusnya yang berkemungkinan akan mempunyai skrin yang sedikit melengkung seperti khabar angin yang tersebar di internet.  Astro Awani




0 comments:

Post a Comment