Filled Under:

PERBEZAAN SETIAP AIR LELAKI


Saya ada satu masalah iaitu kadangkala saya dan isteri melakukan hubungan intim sebelum Subuh, kemudian saya mandi wajib untuk menyucikan diri untuk solat. Pada petang hari selepas waktu Asar saya dapati ada kesan air mazi yang kering pada seluar dalam. 



Saya tidak berasa apa-apa yang keluar pada kemaluan sebelum waktu itu. Saya mula waswas dan qada solat Subuh, Zuhur dan Asar. Adakah kesan mazi yang kering itu benar-benar membuatkan solat saya tidak sah walaupun saya tidak menyedarinya?

Johari , Johor

Selain air kencing, ada tiga jenis air yang keluar daripada kemaluan iaitu air mazi, ma ni dan wadi. Air mazi biasanya keluar daripada kemaluan ketika seseorang dalam keadaan bernaf su. Lazimnya mazi atau air mazi berwarna jernih. Hukumnya najis dan wajib dibasuh tanpa perlu mandi wajib.

Berbeza dengan air ma ni yang pekat dan berwarna putih keluar daripada kemaluan lelaki atau perempuan ketika naf su memuncak. la tidak najis, tetapi wajib mandi hadas besar apabila keluar ma ni.

Sejenis lagi yang keluar daripada kemaluan sama ada lelaki atau perempuan ialah air wadi. Ia berwarna putih dan kekuningan. Biasanya keluar apabila tubuh letih bekerja. Hukum air wadi ini najis dan wajib dibasuh.

Dengan kata lain, saudara sendiri hendaklah memastikan jenis air yang melekat pada seluar dalam itu. Sekiranya ia air mazi, pakaian menjadi najis dan tidak sah solat dengan pakaian berkenaan.

Dengan itu, qada solat yang terbatal adalah tindakan betul. Begitu juga sekiranya ia adalah air wadi. Bagaimanapun, sekiranya cecair yang melekat itu air ma ni, pakaian berkenaan bukan najis. Solat sebelumnya adalah sah. lawaksiyot




0 comments:

Post a Comment