Ketika mereka berdua menaiki tangga ke dalam pesawat, skirt Michelle mula ditiup angin dan Obama meletakkan tangannya di belakang Michelle supaya tiada foto memalukan akan terakam di lensa kamera pada media. Angin kencang turut bertiup ketika mereka menuruni Air Force One sebaik mendarat di Austin.
Kate juga hampir mengalami pengalaman memalukan pada 2011 di atas kawasan lapangan terbang di Kanada (gambar bawah) apabila baju rekaan Jenny Packham berwarna kuning yang dipakainya turut ditiup angin.
Pasangan itu dalam rangka lawatan ke Perpustakaan Presiden LBJ, dan juga menghadiri majlis ulangtahun ke-50 Akta Hak Asasi.
Biarpun kerap Michelle dianggap cemburu pada beberapa majlis melibatkan mereka berdua sebelum ini, aksi spontan itu menunjukkan betapa Obama menyayangi isterinya itu. sosejroll
0 comments:
Post a Comment