Filled Under:

Cerai Talak 3 Lepas Sapu Ubat

Kuala Lumpur: “Saya sendiri terkedu diceraikan talak tiga sekali gus hanya kerana dia (bekas suami) sakit mata,” kata seorang ibu tunggal yang hanya mahu dikenali sebagai Nora ketika menceritakan rumah tangganya musnah berpunca daripada sebab yang tidak masuk akal.

Nora, 27, berkata, dalam kejadian pada 2006 itu, bekas suaminya mengalami sakit mata lalu meminta pertolongannya menyapu ubat diambil di sebuah klinik. “Dia menyuruh saya menggunakan putik kapas untuk menyapu ubat mata. Pada mulanya saya teragak-agak, tetapi tetap patuh.

“Tiba-tiba dia menjerit sakit dan kami bertengkar sebelum dia melafazkan cerai talak tiga sekali gus,” katanya yang ditemui semalam.


Sebaik cerai dilafazkan, kata Nora, dia yang tinggal di rumah lelaki itu di Kedah segera membawa dua anaknya yang masih kecil ketika itu ke rumah ibu bapa di Perak. hmetro




0 comments:

Post a Comment