BRIGHTON, England - Pengunjung-pengunjung sebuah pantai merakamkan detik-detik cemas seorang ibu diiringi oleh beberapa anggota polis di sini selepas beberapa orang menjerit ke arahnya: "Bayi anda terbakar."
Beberapa orang itu menjerit setelah mendapati tubuh anak wanita yang berusia lima bulan yang berbogel di tepi pantai melecur lebih 40 peratus. Menurut saksi-saksi, bayi itu dibalut dengan sehelai tuala tetapi tubuhnya melecur kemerahan dan menangis kerana sakit.
Seorang guru, Alex Coulson, 26, menenangkan ibu muda berumur 29 tahun itu selepas melihat anaknya melecur pada Ahad lalu semasa suhu mencecah 25 darjah Celsius. Guru itu menemani ibu itu menemui dua anggota polis yang berada berdekatan pantai tersebut.
Anggota-anggota polis itu memeriksa bayi berkenaan dan mendapati kulitnya melecur dan melepuh. Sebuah ambulans dihubungi anggota polis itu yang kemudian membawa bayi berkenaan ke sebuah hospital untuk dirawat.
Seorang jurucakap Hospital Royal Sussex County mengesahkan 40 peratus tubuh bayi lelaki itu melecur. Pakar promosi kesihatan, Carolyn Syverson menyatakan kelmarin bahawa kulit bayi mudah melecur kerana ia mengeluarkan melanin yang kurang untuk melindungi kulitnya daripada sinaran matahari. androzip
0 comments:
Post a Comment