Tetapkan niat / matlamat
Niat. Untuk berjaya, kita perlu tetapkan niat dalam hati agar segala tips yang dikongsikan dapat dilakukan dengan baik.
Makan makanan mengandungi kalori yang tinggi
Makan roti. Roti mengandungi kalori yang tinggi berbanding nasi. Pengambilan kalori yang banyak akan membantu mempercepatkan penambahan berat badan.
Jangan tinggal waktu makan
Jangan tinggal waktu makan. Dengan makan yang cukup akan dapat menastikan badan kita sentiasa mendapat kadar protein, garam galian dan kalori yang mencukupi.
Makan banyak kali
Makan banyak kali. Maksudnya makan dengan kadar yang mengenyangkan tetapi banyak kali selepas beberapa jam. Bukan makan banyak sekali gus… Orang yang berbadan besar sering dikaitkan dengan makan banyak. Tetapi bezanya sini kita makan makanan yang berkhasiat dan yang sesuai untuk menambah berat badan.
Mengambil makanan tambahan
Mengambil makanan tambahan. Pengambilan makanan tambahan seperti pil vitamin B dan C akan membantu menseimbangkan pemakanan anda. Piramid Makanan. Sentias rujuk piramid makanan semasa memilih makanan yang hendak di makan.
Senaman yang sesuai
Senaman ini penting untuk membentuk otot-otot pada badan / pilih senaman yang sesuai. Jika tidak melakukan senaman dikhuatiri badan menjadi gemuk pula kerana kebanyakan cara menambah berat badan yang saya kongsi berkaitan dengan makan.
Fokus dan disiplin
Untuk berjaya, anda perlulah mempunyai keinginan dan disiplin yang kuat. Kecepatan berat bertambah bergantung dengan cara bagaimana anda melakukan tips ini dan keadaan badan. Satu lagi, elakkan mengambil ubat yang tidak berdaftar, yang kononnya boleh membantu anda menambah berat badan dengan cepat. Takut ada kesan sampingan yang lain.
Selamat mencuba.. pape pun, klu tak berpenyakit tuh, tak yah duk pening-pening nak tambah berat kan.. terima seadannya..tapi kene kena lah berusaha.. hee.. cuba dulu deh tips kat atas nih..mana tau menjadik.. panduan-tips-petua
0 comments:
Post a Comment