Filled Under:

Petua Kulit Limau



Biasanya kalau kita makan buah limau apa yg kita buat dengan kulitnya? Meh kita kongsi beberapa tips dan panduan berkaitan petua limau:

Bila kita order mee, bihun atau maggie goreng kat kedai makan biasanya akan dihidang sekali ngan limau. Ada yg akan perah limau tuh kat dalam pinggan mee untuk menambah perisa. Pas tu buang kulit limau tu kat sebelah. Hmm.. tau apa che petua selalu buat? che petua juga akan order teh atau air suam.. limau tuh perah sikit dalam mee pas tu perah sikit dan letak kulitnya dalam teh atau air suam tadi.. hehe..

Satu petua kesihatan yg diamalkan oleh beberapa orang rakan che petua ialah bila pesan air limau nipis kat kedai.. Diaorang akan makan kulitnya.. masuk semua sekali dalam mulut dan telan sampai habis. Katanya amalan tuh bagus untuk nyah toksin dalam badan.. dan bagus juga untuk kulit.

Bila memasak kat rumah, kekadang bila ada yg guna limau nipis, elok jangan dibuang terus kulit limau tuh. Cuba simpan atau letakkan dalam bekas sabun basuh pinggan. Pinggan yg dicuci tuh takde lah bau sabun sangat. Biasanya akan bau limau lebih daripada bau sabun. Malahan kotoran minyak kat pinggan pun lebih mudah dicuci semasa dibasuh.

Selain limau nipis, limau mandarin yg sekali-sekala kita beli tu pun sesuai gak… Selalunya kita buang jer kulit limau mandarin tu kan.. Haa… lepas nie simpan.. masukkan dalam bekas sabun…

Selain tuh ada satu petua berguna yg boleh kita amalkan dengan kulit limau nie.. tak kiralah limau nipis ker atau limau mandarin.. hmm.. limau bali pun kira bolehlah kot.. ahaks..
Petua Putihkan Gigi Dengan Kulit Limau

Lepas habis makan limau. Jangan dibuang kulitnya. Gosokkan bahagian dalam kulit limau tadi pada gigi. Bila kerap diamalkan gigi akan bertambah putih.. Hmm.. cuma satu jer che petua nak pesan.. Jangan sekali-kali buat kat kedai makan atau di tempat awam.. nanti tak pasal-pasal orang jeling semacam jer kat kita.. hihi… petuatradisional




0 comments:

Post a Comment