Filled Under:

Gambar Kren Pembinaan Patah Di Kawasan Tawaf, Mekah...


Melalui laporan yang baru diterima, sebuah kren telah runtuh menghempap bangunan yang mana merupakan kawasan tawaf... Kren tersebut dari lokasi pembinaan di kawasan Mekah..dikhabarkan mangsa kebanyakan dari Pakistan dan Afrika..



Melaui laporan tak rasmi seorang mangsa dari Malaysia telah tercedera. Laporan dari kenalan saya yang kini berada di Mekah. Sebanyak lingkungan 20 buah ambulan telah dikejarkan ke tempat kejadian..

ARAB NEWS melaporkan lebih dari 65 orang jemaah meninggal dunia dan lebih 154 cedera.. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan samada jemaah Malaysia terlibat... Berikut adalah beberapa keping gambar di lokasi kejadian. Sama-sama kita doakan semuanya dalam keadaan terkawal...

Al-Fatihah untuk mangsa... Syurga untuk mereka yang dijemput ALLAH SWT dirumahNya... Sidang Media akan dibuat dalam bila-bila masa saja lagi...
harapan-esok

Update terkini (2:17am): Sebuah suruhanjaya siasatan ditubuhkan bagi cari punca kren tumbang di Masjidilharam - Gabenor wilayah Mekah, Putera Khaled Al-Faisal.

Update terkini (2:58): Tabung Haji mengesahkan enam jemaah Malaysia cedera dalam insiden kren tumbang di Masjidilharam.

Update terkini (3:18am): Angka korban insiden kren tumbang di Masjidilharam terus meningkat kepada 87 orang; 184 pula cedera - Jabatan Pertahanan Arab Saudi

Update terkini (7:16am): Angka korban kejadian kren tumbang di Masjidilharam, Makkah meningkat kepada 107 manakala 238 cedera - Reuters

Update terkini (11:18am): 6 jemaah haji Malaysia terdiri daripada 2 lelaki dan 4 perempuan masih hilang setakat jam 4 pagi ini: Jamil Khir








0 comments:

Post a Comment