Filled Under:

Petua Mata Bersinar


Dari mata turun ke hati… kerana matanya membuatkan ku tergoda..!

Haa… ada tak sesiapa yang teringin nak mempunyai mata yang bersinar dan memukau..? Kalau ada mata yang ‘memikat’ agaknya tak perlu lah lagi susah-susah nak ‘petik jari’ selepas nie… Sekali ‘jeling’ jer sepuluh yang datang tau.. ahaks…

Ayat pembuka bicara kat atas tu adalah ayat gurau-gurau jer kay. Jangan pula ada yang taksub pasang niat nak memiliki mata yang bersinar dengan tujuan nak menunjuk-nunjuk. Nanti tak pasal-pasal dah timbul riak pulak dalam hati nun.. ishhh.. tak mo lah gitu.

Kalau teringin nak ‘mencantikkan’ mata tu takde salahnya. Cuma jangan ada perasaan riak dan sombong. Dan tujuan tu biarlah ‘suci’ contohnya nak dijadikan tatapan dan memikat hati suami yang disayangi…

So, kalau nak dapatkan mata yang bersinar tu camna ek? Boleh ker kalau amalkan pakai pelembap mata? Haa.. nielah yang che petua nak kongsi ngan uols nie…
Petua Memiliki Mata Yang Bersinar

Mata yang bersinar dan mampu memikat jiwa memang didambakan oleh kebanyakan wanita (dan lelaki..hihi..) Namun untuk mendapatkan mata yang cantik menawan dan sentiasa mengekalkan kilauan pada mata memerlukan kos yang besar.

Bagi sesiapa yang berkeinginan tapi kurang berkemampuan, bolehlah cuba petua tradisional yang lebih jimat tapi dikatakan mampu memberikan kesan yang hebat. 

Caranya ialah ambil sekeping kapas bersih dan rendamkan ke dalam bancuhan air teh yang pekat dan sejuk. Sandarkan sedikit kepala ke belakan atau kalau nak berbaring terus pun boleh juga, pejamkan mata dan tempekkan kapas tu pada mata.

Pastikan kapas yang dicelup atau direndam tu tidak terlalu basah sehingga airnya boleh meleleh ke dalam mata. Dan pastikan mata tu dipejam rapat agar air teh tak mengalir masuk. Takut-takut nanti tak pasal-pasal ‘merah’ dan bengkak lak mata tu.

Jangan lak lupa untuk tempek ler kat kedua-dua belah. Kalau buat sebelah jer, nanti sebelah mata jer lah yang bersinar.. ahaks… Cuba amalkan petua nie 2-3 kali setiap minggu. Jika rajin diamalkan insyaAllah, pasti akan melihat perubahannya. petuatradisional




0 comments:

Post a Comment