Malam semalam telah berlangsung minggu kedua Super Spontan All Star. Kali ini menampilkan pertandingan antara 2 kumpulan iaitu Silat Dongibab dan Kungfu Kipidap. Tema kali ini sempena tagline Rani Kulup.
Zizan Razak mengetuai kumpulan Silat Dingibab manakala kumpulan Kungfu Kipidab diketuai oleh Johan Raja Lawak. Amir Rajak Lawak sekali lagi dipilih menjadi pengulas sambilan di racangan tersebut sekadar untuk memeriahkan suasana.
Namun Amir mencetuskan suasana tegang dan awkward apabila bertegang dengan seorang ahli wanita dari kumpulan Silat Dongibab, Jihan Muse.
Ini berlaku bila Amir bertanya soalan yang agak kontroversi dan mempertikaikan persembahan Jihan Muse yang dilihat terlalu hambar dan tidak menyumbang kepada Silat Dongibab.
Akibat tidak berpuas hati dengan soalan tersebut, Jihan Muse bertindak merampas mikrofon milik Amir dan memberi jawapan sinis
Ini kata Jihan:
"At least aku cuba, amir mencuba pun tidak" Kemudian Jihan berebut-rebut mikrofon dengan Amir. Jawapan Jihan itu mendapat tepukan gemuruh oleh para penonton. sembangterbang
0 comments:
Post a Comment