Kali ini, kami berkongsi kisah yang begitu memberikan inspirasi dan motivasi pada yang ingin mendirikan rumahtangga. Bukan itu sahaja, yang sudah berkahwin juga boleh mempraktikkan tips yang diberikan.
Bagi mengekalkan jalan cerita dan originaliti, kami hanya buat ‘minor editing‘.
Kisah bercinta selepas kahwin
Foto Kredit: alia-ali-ahmad.blogspot.com
*Cerita ni agak panjang, jika sudi bacalah ya. Syukran jazilan admin sudi postkan
Assalamualaikum wbt .
Terpanggil jua saya untuk berkongsi mengenai rumah tangga saya. Tujuan utama bukan nak tunjuk riak mahupun gah, hanya nak berkongsi rasa bahagia dan ingin juga nak berkongsi beberapa tips kepada sahabat sahabat disini bagaimana kami suami isteri merasai nikmat kebahagiaan yang Allah swt hadirkan dalam hati kami.
Alhamdulillah, perkahwinan saya dengan suami baru saja menghampiri 2 tahun 5 bulan. Banyak lagi ranjau onak duri yang perlu kami tempuhi. Kami dikurniakan 2 orang cahaya mata yang soleh wa musleh. InsyaAllah.
Pasa 7 syawal 2012, keluarga saya ditimpa musibah yakni rumah saya terbakar. Berita musibah itu saya paparkan di blog saya, dan suami saya juga seorang blogger. Dari situ kami kenal namun tidak pernah Contact satu sama lain apatah lagi berjumpa.
Awal Januari 2014 suami menghantar Email (alamat email tertera di blog saya) dan meminta nombor telefon ummi saya. Setiap hari saya tengok ummi saya asyik dengan telefon, siap gantung dengan tali dilehernya. Tibalah satu hari ummi memanggil saya menceritakan hal mengenai seorang lelaki yang ummi dah berkenan. Alhamdulillah saya istikharah agar Allah swt tunjuk jalan dan bertaaruf serba sedikit melalui email dengan dipantau ummi abi saya (ummi abi saya turut membaca isi kandungan email tersebut: taaruf saya dengan suami).
Pertengahan Februari 2013 keluarga suami datang ziarah. Alhamdulillah akhir bulan Mac 2013 kami selamat dinikahkan. Ni kira bercinta selepas nikah. Bercinta selepas nikah tak semestinya tiada pergaduhan, tiada perselisihan faham tiada tangisan. Namun bagaimana cara kita suami isteri mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi.
Kami suami isteri bila berlaku pergaduhan saya akan diam. Saya dengar dulu apa yang suami nak bagitahu. Marah itu seperti api, jangan bagi api makin marak. Saya meluru ke dapur ambil segelas air bagi suami minum sambil mengusap belakang suami dan bertanya “Kenapa abang marah marah ni. Apa yang tak kena, bagitahu apa salah sayang. Nanti sayang perbetulkan ya”. Panas suami tadi terus sejuk. Dan kami saling memohon maaf.
Alhamdulillah. Suami banyak membantu terutama menjaga anak. Dari zero suami saya belajar satu persatu cara nak menjaga anak. Dari sudut memandikan baby, pakaikan baby baju, bagi makan dan uruskan anak anak bila sakit. Bila pergi shopping suami akan mempelawa diri untuk dukung anak anak. Jika hari minggu pula suami ringan tangan membantu saya kat rumah memandang saya telah dapat pekerjaan tetap yakni surirumah sepenuh masa walaupun saya ada master. Pernah saya bertanya kepada suami kenapa tak benarkan saya bekerja.
Jawabnya “Pekerjaan surirumah adalah pekerjaan yang paling mulia, namun jika ada isteri yang memilih untuk bekerjaya dan suami mengizinkan itu adalah bonus dari Allah swt untuk mereka. Bagi abang pula biar zaujah abang ni jaga anak anak, beri didikan yang sebaik untuk anak anak, masak sedap sedap untuk abang, abang tak nak makan air tangan orang kat kedai. Masakan zaujah abang lagi hebat dari chef”. Itu yang selalu diungkapkan.
Setiap minggu kami akan balik ke kampung suami. Saya lihat mertua sentiasa menekankan anak anaknya solat berjemaah. Jika tak sempat ke masjid berjemaah dirumah. Selesai solat magrib akan ada sedikit tazkirah biasanya akan disampaikan oleh suami saya kerana suami Anak sulung dan menjadi contoh buat adik adiknya. Hubungan saya dengan mertua serta adik adik ipar alhamdulillah sangat rapat, sama juga hubungan suami dengan ummi abi serta adik beradik saya sangat akrab. Bahkan bila sumai menelefon ummi saya akan riuh rendah. Tak macam bercakap dengan mertua. Kekadang saya mengusik suami “abang jangan mengada ngada sangat, tu ummi saya tau”
Ok, sedikit tips yang sentiasa kami amalkan dalam rumah tangga kami.
1. Suami akan pasti dirinya solat berjemaah sama ada disurau/masjid/ dirumah.
2. Menjaga solat diawal waktu.
3. Solat dhuha jika boleh jangan tinggal. Bukan untuk murahkan rezeki dari segi wang sahaja, malah juga untuk murahkan rezeki dari segi kurniaan zuriat. Rezeki Allah tidak akan tersalah alamat. InsyaAllah
4. Solat malam, jika suami terjaga dulu kejutkan isteri. Dan sebaliknya.
5. Jangan lupa mengaji alQuran walaupun sebaris ayat. Serta tadabbur ayat ayat suci Allah. *tadabbur = membaca makna ayat AlQuran.
6. Berdoa. Doalah dengan sungguh2. Suami saya kalo dia berdoa mesti ada tangisan.
7. Berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika tak dapat balik kampung, kami akan telefon bertanya khabar. Selalunya kampung saya jarang balik. Sebab mengambil masa 8 jam. Jika cuti panjang insyaAllah akan sampai ke kampung saya.
8. Sebelum tidur saling bermaaf maafan.
Suami akan sentiasa pesan jika saya keluar rumah tanpa ditemani dia “sayang nak keluar jaga aurat ya, jaga mata, jaga hati, jaga akhlak.” Jika suami dah sampai office dia akan call da pesan “sayang solat awal waktu ya, zikir dan selawat, love u so much hingga syurga insyaAllah
Saya ni jenis cepat menangis. Cepat sangat tersentuh. Pernah tanya kat suami “Kenapa abang terlalu baik dengan sayang?.” Jawab suami saya, “Sayang amanah dari Allah. Abang kena jaga amanah Allah ni dengan sebaik baiknya. Nanti bila kat depan Allah apa yang abang nak jawab jika amanah Allah abang abaikan. Sayang susah payah mengandung dan melahirkan anak anak abang ibarat nyawa dihujung tanduk. Lepas bersalin abang ingat sayang tak de sakit sakit dah. Rupanya menanggung pula sakit jahitan. Allahhhh, besar sungguh pengorbanan mak, ummi dab sayang yang abang langsung tak boleh merasainya.” Saya hanya mampu tersenyum dan air mata membasahi pipi.
Sama sama hargai pengorbanan suami isteri, amanah Allah yakni anak anak. Berdoalah agar kita sentiasa dalam keredhaan Nya. Dunia ini hanya persinggahan sementara, mempunyai pelbagai ujian yang tidak henti. Moga di alam dunia ini kita dapat buat amal kebaikan untuk bekalan di akhirat yang kekal abadi.
Luahan hati yang asal berserta komen di Facebook. Siraplimau.com
Foto Kredit: ikahwin.my
0 comments:
Post a Comment