Filled Under:

WANITA CINA INI JUMPA BAYI MELAYU DARI TONG SAMPAH DAN JAGA SEHINGGA BESAR


Sedang duduk di pejabat pertanyaan, datang seorang perempuan tua berbangsa Cina berumur 60 tahun bersama dengan dua orang kanak-kanak lelaki. Saya hairan kerana kanak-kanak tersebut memanggil wanita tua itu 'mummy'.

Hairan, kedua-dua kanak-kanak itu langsung tiada iras-iras wajah berketurunan Tiong Hwa. Maka saya pun bertanya kepada wanita itu.

"Aunty, budak dua orang ini siapa?"

"Ini Ridzuan dan ini Jefri. Anak angkat saya. Dua orang ini saya pelihara semasa mereka masih bayi. Ridzuan kena buang di tempat buang sampah dalam kotak. Manakala Jefri pula ditinggalkan oleh ibunya dan keluarganya menyerahkan kepada saya untuk dijaga," katanya.

Saya pun tergamam seketika.

"Saya beragama Buddha tetapi anak saya ini saya kekalkan agama mereka, Islam. Saya hantar pergi ke kelas agama dan mereka juga turut berpuasa bila tiba bulan Ramadan. Bila makan, saya akan pastikan mereka makan makanan yang halal dan kami menggunakan pinggan yang berasingan," jelasnya.

Sekali lagi saya terpegun. Ini adalah sisi mulia dari orang yang bukan sebangsa dan seagama yang tidak pernah saya lihat sebelum ini.

Di Sabah sebenarnya perkara ini adalah sesuatu yang biasa berlaku. Menghormati kepercayaan dan pegangan agama yang lain membuatkan kita seolah-olah berada di dalam sebarisan pelangi yang berwarna-warni.

Dengan melalui sendiri peristiwa gempa bumi yang melanda Sabah baru-baru ini, saya percaya ikatan tali keharmonian di sini tidak pernah kusai. Malah bertambah utuh dan padu.  kisahgempak




0 comments:

Post a Comment