Filled Under:

Top 5 Bapa Selebriti Malaysia Yang ‘Hot’



Sempena Hari Bapa untuk tahun ini, duk terfikir siapakah bapa-bapa selebriti yang menawan dan ‘hot’. Orang kata!! pengaruh mereka bukan sahaja menjadi permintaan tinggi di media cetak mahupun elektronik malah menjadi idaman para gadis untuk mempunyai suami seperti mereka.



Nak buat macam manakan, orang kata berangan tak salah, bukan kena bayar pun, mana tahu kot-kot dapat suami yang ‘hot’ bertuah lah badan yaa. Jadi, dengan kesempatan ini di senaraikanlah 5 bapa selebriti yang hot, yang mungkin anda setuju atau sebaliknya.



1. Yusry KRU

Seorang pengarah, pelakon dan pemuzik, akan bergelar bapa tidak lama lagi, namun aura dia masih lagi kuat dan diminati para penyokongnya. Walaupun sudah berusia lebih 40-an, kekacakkan dan personaliti masih lagi ‘in’.



2. Awal Ashaari
Aktif di bidang pengacaraan tidak kira di kaca TV, mahupun di majlis-majlis korporat. Bapa kepada Lara Alana ini, sering menjadi tumpuan ramai kerana naluri bapa yang terletak padi dirinya menjadi inspirasi kepada anak gadis. Bertuah Scha dapat suami yang baik dan penyayang



3. Aaron Aziz
Pelakon kelahiran Singapura, sejak kemunculannya di industri seni tempatan, telah memberikan fenomena tersendiri terhadap kerjayanya. Sifat kebapaan yang terletak pada diri Aaron terutama melayan kerenah anak-anaknya, sering menjadi perhatian ‘followers’ di media sosial.



4. Zain Saidin

Suami kepada Che Ta ini terus menjadi bualan ramai apabila sikapnya melayan anak tiri dan anak kandungnya di luar kotak pemikiran. Sangat ‘sporting’ dan tidak pernah lelah melayan anaknya comel itu Aishah Dhia Rania tidak kira waktu, masa dan tempat.



5. Johan
Telatah Johan mengusik anak-anaknya dikongsikan di Instagram sering kali mendapat ‘likes’ yang banyak. Sikap Johan yang bersahaja dan merendah diri itu, membuatkan Johan berada di liga tersendiri, dan boleh dijadikan contoh kepada bapa-bapa di luar sana. murai




0 comments:

Post a Comment