Filled Under:

Pelajar Malaysia Kongsi Pengalaman Berpuasa 20 Jam Sehari Di Perantauan


Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis. Semoga perkongsian ni 
DAPAT 
memberi gambaran kepada anda bagaimana saudara Islam kita di negara luar yang perlu lalui tempoh berpuasa yang lebih panjang.

Alhamdulillah, saya telah diberikan peluang oleh Allah swt untuk menimba pengalaman berpuasa di luar negara buat kali kedua.. dan ini sebenarnya adalah tahun ke-5 saya berpuasa di luar MALAYSIA. Tetapi pengalaman kali ini lain sedikit kerana saya berpuasa selama 20 jam di sini.

Hari ini hari kedua saya berpuasa di Aberdeen, Scotland. Lokasi Aberdeen ini boleh dikatakan antara paling utara di United Kingdom dan latitude nya pula adalah lebih tinggi berbanding bandar Moscow, Russia. Waktu berpuasa di Aberdeen adalah bermula sekitar jam 2 pagi hingga 10 malam. Jadi waktu berpuasa di sini adalah sekitar 19 jam hingga 20 jam.


Bandar Aberdeen, Scotland

Sebelum itu, saya nak kongsi sedikit kenapa tempoh berpuasa di negara yang hampir dengan kutub utara lebih panjang.

In summertime, the sun is always above the horizon at the North Pole, circling the Pole once every day. It is highest in the sky at the Summer Solstice, after which it moves closer to the horizon, until it sinks below the horizon, at the Fall Equinox.

Ini kerana pada musim panas, Kutub Utara condong ke arah matahari, manakala pada musim sejuk, ia condong menjauh dari matahari. Jadi, waktu siang tempoh lebih panjang iaitu kira-kira 17-23 jam pada musim panas. Dan dalam tempoh 10-15 tahun dari sekarang, Ramadan akan jatuh pada musim sejuk, jadi tempoh berpuasa pula akan jadi semakin pendek di negara berdekatan kutub utara.

Each year, Ramadan begins about eleven days earlier than in the previous year. Astronomical projections that approximate the start of Ramadan are available. It takes about 33 years and five days for Ramadan to complete a twelve-month move across the yearly calendar.


Pengalaman berpuasa seorang diri di luar negara

Ramai yang bertanya pada saya, terutamanya mengenai tahap lapar dan dahaga semasa berpuasa. Bagi saya, berpuasa di mana-mana itu sama saja. Yang paling penting, mental kita kena bersedia.

Untuk berpuasa tahun ini, saya berpuasa seorang diri. Ya, seorang diri dan kena masak sendiri hari-hari. Disebabkan waktu berbuka puasa lebih kurang jam 10 malam, agak sukar sebenarnya nak ke rumah orang berbuka puasa time macam tu.



Sedih? Tak payah cakaplah, tapi saya rasa saya ambil ini sebagai satu cabaran buat saya. Berpuasa seorang diri selama 20 jam selama sebulan. Saya pun sebenarnya tak sangka saya boleh buat. We’ll see how it goes!


Selain itu, saya cuba elakkan menggunakan tenaga berlebihan dan oleh itu saya dah siap prepare stok makanan sepanjang puasa. Dugaan tu memang ada kerana ada juga umat Islam dari negara lain tidak berpuasa dengan alasan takut penat dan mereka kata nak ganti puasa masa nak dekat Winter nanti ( tempoh siang pendek ).


Bilik saya di Wavell House. Bilik kecil ini sewa RM2000 sebulan.

Jadi, saya bersyukur kerana Allah bagi nikmat Ramadan yang memang berbeza dengan apa yang saya pernah rasa sebelum ini. Bagi saya, rugi kalau kita tak laksanakan sebab belum cuba belum tahu!



Dapur ini di Wavell House, dikongsi bersama 7-8 pelajar lain. Nasib baik floor saya semua budak postgrad, mostly tak rajin masak.

Tunang saya kata, stok makanan saya ni macam persediaan ‘end of the world‘ atau persediaan nak pergi berperang. Kelakar juga sebenarnya bila fikir-fikir balik sebab ada juga betulnya. Memang boleh survive kalau apa-apa terjadi!



Semua ada, dari Milo hinggalah kepada Maggi Malaysia. Dah macam kedai runcit. Sampai saya sendiri pun lupa barang apa yang saya bawa. Tak keluar rumah sebulan pun tak apa kalau macam ni kan?



Saya rasa kalau di luar negara terutamanya jika pelajar yang sibuk dengan kelas, perencah instant Brahim’s ni amat membantu. Macam saya, setiap pek tu pula saya bahagi dua, boleh makan dua kali ( punyalah nak berjimat cermat! ).

Saya juga syorkan supaya anda buat pes cili blend dengan bawang siap-siap supaya nanti boleh terus masak je. Spaghetti pun bagus juga sebab senang nak masak.



Harga barang makanan Asia
Harga makanan Asia di Aberdeen tidaklah murah macam di Malaysia. Jadi semasa saya datang sekitar Januari lalu, saya simpan sedikit bekalan makanan Malaysia untuk berpuasa. Contoh harga: kacang tanah 400gram / GBP1.50, bihun kering / GBP 1-2, ikan bilis 100gram / GBP 2, udang kering 100gram / GBP3. ( approx 1 GBP = RM5.70 ).


Keadaan di dalam bas dari Hillhead Houses ke University of Aberdeen

Cuaca & pengangkutan

Kebetulan cuaca di Aberdeen ini agak sejuk walaupun pada musim panas, kira-kira 16-18 darjah Celcius sahaja, jadi kepenatan itu taklah terasa sangat. Cuma di sini saya banyak berjalan kaki, berbanding naik pengangkutan awam. Sebab pengangkutan awam seperti bas, tiket ke satu destinasi bermula GBP 1.30 ( lebih kurang RM6), dan tiket all day dalam GBP 4 ( RM20+ ).

Kos pengangkutan di UK memang mahal berbanding harga pakaian dan makanan. Kadang-kadang saya sanggup jalan kaki ke bandar yang terletak kira-kira 6-7km dari tempat tinggal saya.


Pemandangan di Seaton Park, Aberdeen. Masa ni dah jam 7-8 malam. Masih cerah lagi.

Strategi Ramadan 2015

Oleh kerana tempoh malam cuma 4 jam, strategi itu amat penting untuk mengelakkan kita terlalu penat dan lapar dan pengisian malam itu penuh. Jadi saya dah buat strategi sempena bulan puasa ini iaitu:

8 pagi – 5 petang ( 9 jam ) : Buat assignment dan pergi ke kelas / library untuk ulangkaji.
5 petang – 7 malam ( 2 jam ) : Siapkan makanan untuk berbuka puasa ala kadar
7 malam – 9.30 malam ( 2 jam 30 minit ) : Tidur. Walaupun kadang-kadang susah sebab masa ni perut dah start lapar dan terbau-bau makanan.
9.30 malam – 2 pagi ( 4 jam 30 minit ) : Iftar, bersedia solat Maghrib, solat Isya’, solat Tarawih, sahur dan solat Subuh
2 pagi – 7 pagi : Tidur lah apa lagi.


Pemandangan di Seaton Park, Aberdeen. Saya lalu taman ni untuk ke University.

Strategi makanan saya untuk sahur : wajib makan kurma 10 biji, buah tin ( fig ) 2-3 biji bersama air coklat dan oat secawan. Alhamdulillah setakat ini tahap lapar itu tidak menggila seperti saya di Malaysia dulu.

Hmm.. Agaknya kenapa? Nak cerita sikit kisah buah kurma ni. Dulu saya paling tak suka makan buah kurma, boleh tanya pada keluarga saya.

Jadi pada satu Ramadan tahun lepas, tunang saya pernah bagi saya kurma, saya memang bersungguh-sungguh menolak, saya kata “kurma tu manis sangat, nanti makan pening kepala sebab terlalu manis!”.

Sombong betul saya masa tu. Nak dijadikan cerita, beberapa hari lepas tu, saya puasa macam biasa. Dalam jam 3 petang macam tu, perut saya terlalu sakit sebabkan lapar.



Dekat 2-3 hari macam tu. Kemudian saya decide nak try lah kurma masa sahur. Saya hanya makan 3 biji kurma dan air kosong. Wallahi, selepas tu satu hari saya rasa tak lapar macam sebelum-sebelum ni.

Saya terkedu. “Dalam Quran sendiri sampai 20 kali menyebut pasal kurma ni, khasiatnya.. aku pula tak suka.” Hmmm.. Alhamdulillah, sekarang ni kurma dah jadi snek dah, sebab kat sini ada jual kat supermarket dan murah.

Buah-buahan dan sayur-sayuran ( Kaya dengan serat/fibre) : buah-buahan dan sayur-sayuran adalah penting semasa berpuasa kerana ia meningkatkan rasa kenyang dan membantu mencegah sembelit. Ia juga mengandungi vitamin, mineral dan fitokimia yang penting untuk kesihatan yang baik. Buah kurma adalah sumber gula, fiber, karbohidrat, kalsium dan magnesium yang baik!



Iftar yang ala kadar. Disebabkan waktu malam yang pendek, saya makan iftar dan sahur sekaligus.Ini nikmat sebenar berpuasa 20 jam.

Ini nikmat sebenar berpuasa 20 jam

Tempoh masa siang tu agak terasa lama sebenarnya. Kalau saya mesej saya di Malaysia pada waktu Sahur di sana, masa tu saya baru nak berbuka puasa.

Cuma saya ambil ini sebagai satu rezeki berbentuk pengalaman untuk saya yang Allah bagi. Sebab tak semua orang berpeluang rasa berpuasa sepanjang ini kan?

Refleksi diri : Saya rasa apabila saya berada di sini, saya tiada lagi nikmat bazar Ramadan, masakan mak, restoran dan lauk pauk sedap-sedap di Malaysia. Bila saya fikir-fikir balik, ada yang saya take for granted nikmat yang Allah bagi semasa saya di Malaysia.

Saya membazir lauk dan rezeki di bulan puasa, saya sanggup bayar makan buffet, saya kadang-kadang terlupa nak balik selalu tengok parents dan berbuka puasa dengan mak ayah. Sebab saya tahu saya ada semuanya dan boleh dapat benda tu bila-bila masa.



Tiada azan. Kalau di Malaysia, ada azan pun still solat lambat-lambat, kadang tu ada juga dalam hati rasa rimas bila dengar azan. Kat sini tak ada siapa nak ingatkan kita bila masuk waktu, bila nak buka puasa.

Semua sendirian berhad. Ini memang membuatkan saya betul-betul menyesal dan masa yang sama saya rasa Allah bagitahu supaya saya sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dia bagi.

Ibadah : Kalau dulu di Malaysia, saya tahu yang waktu malam itu panjang, jadi saya lalai dalam membuat ibadah, saya tangguh-tangguh sebab saya tahu “eleh, banyak masa lagi nak solat Tarawih, banyak masa lagi nak makan makanan yang tak habis tu” , padahal at the end, saya tak buat pun Tarawih tu. Dan makanan tu dibuang je esok harinya.

Oleh kerana malam di sini cuma 4 jam, memang padat program saya dari Iftar, sampailah ke Subuh. SAYA DAPAT NIKMAT BERJAGA MALAM! Allah memang maha adil, walaupun dia bagi waktu berpuasa tu panjang, tapi nikmat berjaga malam tu saya dapat.

Allah memang sayangkan saya walaupun saya ini kadang-kadang tak buat apa yang Dia perintah. Dia bagi juga peluang kat saya “Aida, walaupun kau ni malas nak buat apa Aku suruh, disebabkan Aku sayang kau, Aku bagi juga peluang kat kau berjaga malam di bulan Ramadan”. Allah, malu betul saya dengan diri sendiri. Terima kasih Allah.



Tiada priviledge : Di Malaysia, walaupun kita berbilang bangsa, kebanyakkan rakyat Malaysia kaum lain pun tahu mengenai ibadah puasa. Sampai mereka pun sama-sama ke bazar Ramadan, nak merasai betapa meriahnya Ramadan tu.

Di sini tak semua orang tahu pasal agama Islam sebab obviously bukan negara Islam. Jadi orang yang berpuasa selalunya tak ada priviledge balik awal ke, rehat panjang ke, layanan istimewa ke, kita dilayan sama saja macam hari-hari biasa.

Siang yang panjang : Dalam 20 jam tu, yang paling menarik bila saya balik ke rumah jam 9 malam pun dari sekolah, tetap langit itu cerah. Saya diberi peluang untuk belajar dan mengulangkaji di sekolah dengan lebih lama tanpa rasa takut nak balik ke rumah berjalan kaki.

Lebih menghargai : Saya belajar untuk menghargai setiap apa yang saya ada. Saya rasa saya hidup lebih sederhana, hidup lebih tenang tanpa kusut kepala memikirkan tentang masalah kerja dan masalah dengan orang sewaktu saya di Malaysia.

Saya rasa puasa saya lebih terisi walaupun saya berpuasa seorang diri dengan makanan yang ala kadar.

Nikmat Malam Lailatulqadar : ‘Lailatul Qadar adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadhan. Ayat al-Qur’an diturunkan pada malam ini.

Jadi saya fikir, oleh kerana waktu malam cuma 4 jam di sini, peluang saya untuk mendapat nikmat malam Lailatulqadar ini mungkin lebih baik kan? Ke tidak? (Mohon pada yang pakar bantu kongsi info).

Kalau dulu memang langsung tidur je lepas Isya’ dan tarawih, kali ini saya fikir mungkin Allah bagi saya peluang untuk cuba dapat nikmat Lailatulqadar ini ( itupun kalau saya maintain berjaga malam sampai habis Ramadan ).. Doakan saya!


Gambar pada 12 tengah malam di Aberdeen, Scotland. Langit masih cerah!

Kesimpulan
Berpuasa 10 jam atau 20 jam, dugaan dan nikmat berpuasa itu berbeza-beza. Walaupun saya berpuasa 20 jam, tetapi saya tahu Allah swt itu maha adil dan penyayang.

Dia bagi suhu sejuk, malam yang pendek untuk berjaga malam dan mengajar kita untuk lebih mensyukuri nikmatNya. Kita ada pilihan sama ada untuk buat atau tidak je.

Kalau orang di negara yang sedang berperang dan rakyat di negara miskin mampu untuk menjamah sedikit makanan dengan suhu yang tidak selesa setiap hari, apalah sangat dengan berpuasa 20 jam selama sebulan?

Tuhan maha adil, percaya tu. Positif, positif, positif! Saya sangat suka Ramadan kali ini. Walaupun saya berpuasa seorang diri selama 20 jam, saya rasa hidup saya lebih terisi dan lebih bermaknanya.

Whoever observes fasts during the month of Ramadan out of sincere faith, and hoping to attain Allah’s rewards, then all his past sins will be forgiven. (Al-Bukhari and Muslim)

Sekian perkongsian saya, salam Ramadan semua.

Nota Editor: Kisah ini telah dikongsikan oleh Aida Sue di laman web beliau TheAidaSue.com. Aida kini sedang kini sedang melanjutkan pelajaran beliau di University of Aberdeen, Scotland.




0 comments:

Post a Comment