Filled Under:

Isu Peluk Dalam Filem : "Untuk Akak yang Bercakap Demikian, Bawak2 lah Insaf" - UKE


Berikutan satu kenyataan kontroversi yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman yang menegur pihak di Lembaga Penapisan Filem (LPF) agar tidak berfikiran sempit mengenai isu babak-babak berpelukan dalam filem , Ustaz Kazim Elias melalui Facebook pagenya membidas kembali kenyataan terbabit.

Menurut UKE dalam status tersebut, UKE menegaskan yang haram tetap haram walaupun sekadar lakonan.

Assalamualaikum...lama sungguh saya mendiamkan diri didlm arena FB ni, rasa aman bila tak muat status atau berkongsi info.. Tp rasanya lagi tidak aman bila terbaca laporan ada org yg mengatakan kalau setakat berpegang2 atau adegan2 tertentu antara bukan mahram dlm drama n filem tak payahlah diperbesarkan..disuruhnya pulak berfikiran terbuka jgn disempitkan.. Astaghfirullah.. Sepatutnya usaha utk menambah baik dan patuh pd perintah Allah wajib disokong, utk Akak yg bercakap demikian, bawak2 lah insaf, hidup didunia x lama, kuasa menteri pun apa sangat.. Kita ni makhluk Allah, hamba Allah.. Klu kita x mampu jd baik tp janganlah halang orang lain nak jd baik.. Yg haram tetap haram walau sekadar lakonan...


Sebelum ini, Datuk Seri Azalina Othman berkata isu mengenai adegan pasangan bercinta berpegangan tangan atau berpelukan tidak perlu diperbesarkan memandangkan ianya sekadar lakonan yang tidak mengundang maksiat terhadap penonton.

"Isu ini dah jadi agak merepek kerana sesebuah drama atau filem merupakan industri kreatif dan apa yang dipaparkan di televisyen adalah sebuah lakonan.

"Kalau nak cakap babak-babak itu (berpelukan) boleh mengundang perlakuan tidak senonoh, rasanya tidak perlu medium televisyen, (kerana) di internet, hanya di hujung jari saja sudah boleh mempengaruhi masyarakat.

"Kita tak boleh berfikiran sempit. Kalau semua tak boleh, takkan nak bercakap dengan bantal?" katanya memetik laporan dari mStar Online.
- Siakapkeli.my




0 comments:

Post a Comment