Filled Under:

Cara Semak Status BR1M 2015 (Bantuan Rakyat 1 Malaysia 4.0)


Bantuan Rakyat 1 Malaysia 4.0 (BR1M 2015) untuk semua rakyat Malaysia telah didedahkan sebelum ini dan proses untuk mengemaskini butiran dan no akaun bank secara online telah pun dijalankan bermula 1Disember 2015 dan akan tamat pada 31 Disember 2015.

Sekarang anda boleh menyemak status BR1M 4.0 sama ada ianya diterima atau pun ditolak. Jika anda cukup syarat dan butiran anda lengkap, status anda tiada masalah dan akan diterima.

Di sini kami kongsikan cara untuk semak status BR1M 2015 untuk memudahkan anda mengetahui permohonan BRIM 2015 sama ada diterima atau tidak tanpa perlu menelefon Lembaga Hasil Dalam Negeri atau menunggu surat melalui pos yang agak lambat.

CARA SEMAK STATUS BR1M 2015 MELALUI ONLINE


1) Sila layari laman web https://ebr1m.hasil.gov.my/ dan klik pada butang ‘SEMAKAN STATUS’ seperti dalam bulatan merah.


2) Seterusnya, anda akan lihat ruangan kosong dan ruangan kosong tersebut perlu diisi no Kad Pengenalan (MyKad) anda tanpa ada sengkang atau dash (-). Contoh : 901010011111 dan klik pada butang ‘SEMAKAN STATUS PERMOHONAN’.


3) Sebaik sahaja anda menekan butang ‘SEMAKAN STATUS PERMOHONAN’, ruangan ‘SOALAN KESELAMATAN’ akan dipaparkan dan perlu diisi dengan tepat. Sekiranya anda tidak yakin dengan jawapan tersebut, anda boleh menukar soalan lain dengan menekan butang ‘TUKAR SOALAN’. Soalan yang diberikan adalah butiran yang anda isi untuk maklumat BR1M anda sendiri.


4) Selesai sahaja anda menjawab dua soalan keselamatan yang diberikan, anda akan melihat status permohonan anda pada ruangan ‘SEMAKAN STATUS PERMOHONAN’ . Anda akan dapat lihat NAMA, NO. PENGENALAN dan STATUS PERMOHONAN.

Semoga permohonan untuk BR1M 2015 anda akan diterima dan anda akan menerima bayaran melalui akaun bank yang telah anda daftarkan sebanyak tiga kali bayaran. Mungkin kaedah BR1M 2016 nanti adalah sama atau sebaliknya. tehpanas




0 comments:

Post a Comment