Filled Under:

Rosyam Nor berdebar

Rosyam berdebar sakan

Lapan tahun tidak menerbitkan filem, Datuk Rosyam Nor mengakui cukup berdebar menantikan penerimaan peminat terhadap buah tangan terbaru syarikatnya, Balistik, yang menjengah pawagam bermula hari ini. 



Walaupun menyedari suasana kelembapan industri perfileman ketika ini, Rosyam berkata, beliau tidak mampu menjangkakan bila keadaan industri akan kembali pulih.

Justeru, hasrat menerbitkan filem diteruskan juga meskipun sedar bakal berdepan cabaran getir. 


Bagaimanapun, aktor hebat ini yakin dan positif filem terbitan RK Screen Sdn Bhd dengan kerjasama Asia Tropical Films itu tidak akan mengecewakan peminat kerana modal besar sudah dilaburkan semata-mata untuk memastikan ia menepati cita rasa umum.




0 comments:

Post a Comment