Budak perempuan berkenaan yang hanya dikenali sebagai T, terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital akibat mengalami bengkak di bawah mata.
Guru berkenaan, Tran Thi Thu Tra, dikatakan ‘naik angin’ apabila T tersalah eja semasa ujian ejaan diadakan.
Dia bukannya membantu T sebaliknya Tra memukul muka budak itu. Ketika ini Tra telah digantung tugas dan berdepan tindakan pecat sebaik sahaja siasatan selesai.
Sementara itu, ibu T berkata anaknya terpaksa dibantu oleh dua kawan sekolahnya ke rumah kerana mengalami kesakitan.
“Muka anak saya bengkak dan lebam. Dia sangat sedih dan takut,” kata ibunya.
Sumber: Mynewshub.cc
0 comments:
Post a Comment