Filled Under:

TEMPATAN : Meninggal Selepas Bersalin Di Rumah


Anyone ade join group gentle birthing malaysia kat fb tak? Terbaru kes meninggal lepas deliver....

Ni statement adik arwah

" Sha Fird The Gentle Birthing Group Malaysia
10 hours ago
Salam..maaf untk sy postkan d cn..sy amat kcw dgn water birth yg di ajar kpd kakak sy..d sbbkan water birth ni la kakak sy Amy Karmila pergi selamanya semalam bertarikh 19/12/13... Beliau amat yakin dgn smua ni smpai sngp pergi ke kelas...tp,apa yg d ajari xsm dgn apa yg d terima...setahu sy arwah ada bgtau uri xkan d potong selepas melahirkan anak..tp,knp mesti potong uri n lepaskan begitu shaja d dlm perut...sdgkan yg jd pemantau semasa proses bersalin adalah slah seorg yg mngajar d kels ni...mohon pencerahan.... "


Ni statement dari doula

Hayati Muzaffar Amani Doula
Bismillahirrahmanirrahim,

Salam,
Saya minta izin admin GBG untuk membenarkan saya membuat satu-satunya kenyataan rasmi dan penjelasan daripada saya selaku saksi semasa kelahiran bayi mendiang arwah Amy pada Khamis 19 Disember 2013.

Takziah saya ucapkan pada keluarga mendiang atas pemergian beliau menghadap Pencipta semula.

Saya minta saudara muslim sedekahkan bacaan Al Fatihah buat mendiang dan juga doakan keluarga arwah.

Niat dan tujuan saya berkongsi adalah:
1) Tanggung jawab saya sebagai hamba Allah dalam menyampaikan kebenaran dan mengelakkan daripada dosa syirik menyekutukan Allah.

Saya membawa utusan peringatan bagi diri saya dan yang membaca supaya sentiasa sedar dan ingat Allah Maha Pencipta, Allah Maha Berkuasa dan Allah Maha Mengetahui segalanya.

Kelahiran dan kematian kita sudah tertulis di Luh Mahfudz (pre-destiny) dan Allah tinggalkan kita yang masih hidup dengan asbab (reason of death) dan bagi orang-orang yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat (Judgment Day) akan faham dan redha dengan Qada’ & Qadr Allah. Jangan pertikaikan mengapa dan kenapa kerana Allah lebih tahu dan Allah sudah tetapkan arwah Amy akan meninggal dunia dalam iman dan syahid kerana melahirkan bayinya. Sepanjang masa saya menemani arwah tak lekang zikir nama-nama Allah sehingga beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Wallahualam.

2) Saya ingin mengelakkan anda membuat dosa fitnah kerana menyampaikan maklumat yang salah atau kurang tepat dan mungkin menimbulkan fitnah lebih dahsyat. Sila hormati mendiang arwah dan keluarganya dan sila berhenti daripada membuat spekulasi dan saya hanya pohon kita semua sedekahkan Fatihah dan doakan beliau ditempatkan di kalangan orang beriman dan supaya keluarganya terutamanya anak2nya mendapat banyak keberkatan atas sikap sabar menghadapi ujian Allah ini. Sedangkan saya yang berada di tempat kejadian pon masih ada perkara yang saya tidak tahu. Allah Maha Mengetahui.

3) Atas rasa hormat dan ingin menjaga maruah mendiang dan keluarganya terutama suami arwah daripada spekulasi dan fitnah.
Saya tidak membenarkan sesiapa untuk share atau copy paste status ini di mana-mana sahaja melainkan dengan izin saya.

Kronologi (semua masa bukan disahkan saya kerana saya membelakangkan jam)

Mendiang selamat melahirkan bayi beliau jam 11.30am, bayi dilahirkan bersih dan arwah banyak keluarkan ketulan darah dan lendir.

Sejurus selepas itu, beliau dapat membuat kangaroo care (skin-to-skin) dengan bayi dan makan beberapa biji buah kurma, dan mentahnikkan bayi dan meminum air suam.

Beliau menyusukan bayi dan berbual seperti biasa dan mengadu penat, dan muntah.

Atas permintaan beliau sendiri, tali pusat tidak dipotong kerana arwah ingin melaksanakan Lotus Birth (ini adalah amalan membiarkan tali pusat tertanggal secara fitrah, alami dan fisiologi antara bayi dan uri).

Beliau mengatakan yang dia masih rasa rengat (surges) seperti mahu melahirkan bayi dan kami anggap itu adalah proses kelahiran uri.

Beliau meminta saya mengurut seperti yang saya lakukan sepanjang arwah merasa surges.

Sehingga Azan Zuhur arwah masih berzikir dan merasakan surges dan tidak lama kemudian secara tiba tiba mulut arwah berbuih. Kami (saya dan suami arwah) memanggil namanya tetapi beliau tidak bertindak balas cuma mulutnya kumat kamit dan matanya melilau.

Semasa ini saya mengarahkan suami arwah membuat panggilan kecemasan.

Melalui loud speaker operator kecemasan memberi arahan membuat teknik bantuan kecemasan CPR dan saya lakukan sehingga paramedic tiba lebih kurang 30 minit selepas kami membuat panggilan.

Semasa saya berikan rawatan CPR arwah membuat tindak balas reflex.

Paramedic tiba dan mengambil alih rawatan CPR.

Jururawat Masyarakat memotong tali pusat dan menyerahkan bayi pada saya.

Saya masuk dan ikut sekali membawa bayi bersama di dalam ambulan yang membawa arwah ke hospital Sungai Buloh.

Semasa di dalam ambulans mereka masih memberikan bantuan pernafasan.

Sejurus sampai bayi diserahkan pada Jururawat Masyarakat dan dimasukkan ke Unit NICU.

Saya menunggu di bahagian Rawatan Kecemasan (ER) sehingga arwah disahkan meninggal dan sehingga suami arwah datang dan menyuruh saya pulang.

Sepanjang masa saya berada di Wad Kecemasan dan keluarga arwah juga berada bersama-sama.

Inna lillah hi wa inna ilai hi rojiun.

Saya masih dalam keadaan terkejut dan trauma dan terkilan. Saya sentiasa doakan yang terbaik buat semua pasangan yang hadir ke kelas saya serta bersangka baik dengan Allah kerana Allah itu Maha Adil dan memberikan sesuatu yang kita ada potensi untuk mengharunginya. Saya masih mencari hikmah dan terkenangkan tanda2 yang mungkin terlepas pandang.

Yang pastinya suami kepada mendiang Amy dan saya telah menunaikan hasrat dan permintaan terakhir arwah untuk melahirkan bayi secara alami di rumah. Saya dijemput datang sebagai doula/sahabat kelahiran/birth companion yang memberi sokongan moral/spiritual at the very last minute dan bukan sebagai pegawai perubatan dan mereka adalah dewasa yang berakal dan atas dasar hormat dan etika doula saya datang memberi sokongan kerana saya percaya dan yakin Allah pilih saya untuk membantu arwah mencapai hasratnya kerana Allah telah mempermudahkan urusan.

Sehubungan itu hujung minggu ini, besok dan lusa (Sabtu dan Ahad 21hb dan 22hb Disember) saya masih meneruskan sesi perkongsian percuma tetapi saya tukar pada majlis terbuka tahlil buat arwah Amy dan juga sebagai forum Q&A supaya memberi peluang bagi sesiapa yang mahu tahu tentang kelas yang saya jalankan dan kelas yang dihadiri mendiang.

Gunakan akal dan kesempatan yang Allah berikan untuk mendapat ilmu. Hentikan spekulasi dan fitnah.

Saya beri peluang bagi sesiapa untuk berjumpa dan dengar daripada saya sendiri apa itu AMANI Birth dan sebagainya.

Cuma saya minta anda datang dengan niat yang bersih, dan senaskhah Yassin untuk dibaca buat mendiang arwah. Bagi peserta yang telah menghantar email untuk mendaftar anda boleh hadir.

Saya hanya akan memberi kerjasama pada pihak atasan dan Hospital dan tidak akan membuat kenyataan atau menjawab sebarang panggilan daripada pihak media atas pengalaman false reporting atau misrepresentation of facts.

Saya juga tidak akan menjawab sebarang PM tentang hal ini lagi daripada orang perseorangan.

Saya tidak dapat menjawap persoalan peribadi seperti kenapa pasangan ini memilih untuk melahirkan anak kedua di rumah dan tidak di hospital seperti anak mereka yang sulung.

Tetapi saya mahu anda fikirkan kenapa ada peningkatan jumlah pasangan yang membuat pilihan melahirkan di rumah?

Apa yang terjadi dan berlaku pada mereka sehinggakan mereka tidak mahu melahirkan di hospital?

Dan bagaimana pihak atasan dan hospital dapat meningkatkan tahap mutu perkhidmatan bagi ibu mengandung dan bakal melahirkan selaras dan sejajar dengan Piagam Global Respectful Maternity Care – 7 Hak-hak Asasi Ibu Mengandung dan bakal Melahirkan supaya tidak ada istilah trauma kelahiran?

Saya masih belajar dan mencari hikmah kenapa Allah pilih saya untuk menemankan arwah dan suami ketika mereka berjuang untuk menyambut kelahiran bayi ini.

Selebihnya saya serahkan pada Allah untuk memberi petunjuk pada yang meminta. Seperti yang saya sampaikan awal tadi, Allah dah tentukan kematian setiap daripada kita sebelum kelahiran kita lagi




0 comments:

Post a Comment