Para jutawan di dunia telah mengalami kemelesetan ekonomi di tahun 2013, seperti disiarkan oleh majalah Forbes baru-baru ini. Pasukan pengira kekayaan Forbes telah mengeluarkan 1,426 nama orang terkaya di dunia.
Dari senarai tersebut, Amerika Syarikat tetap mendominasi dengan 442 orang terkaya di dunia,diikuti tempat kedua Asia-Pasifik dengan 386 orang, Eropah 366 orang, Amerika 129 orang dan TimurTengah dan Afrika masing-masing 103 orang.
Berikut ini adalah senarai 10 orang terkaya di dunia versi Forbes, sila lihat senarai selanjutnya untuk mengetahui secara lengkap siapa saja para millionare top dunia:
10. Bernard Arnault
Kekayaan bersih: US $ 29 bilion
Negara: Perancis
Sumber kekayaan: LVMH
Bernard Arnault adalah tastemaker paling berpengaruh di dunia, dilaporkan dia telah mengendalikansyarikat terbesar seperti Louis Vuitton dan Bulgari. Menurut maklumat Forbes orang terkaya di dunia ini mempunyai pemilikan saham yang kompleks di dunia.
9. Liliane Bettencourt Dan Keluarga
Kekayaan bersih: US $ 30 bilion
Negara: Perancis
Sumber Kekayaan: L'Orea
Dia dan keluarganya mendapatkan sebahagian besar kekayaan dari L'OrealLiliane Bettencourt.Perempuan berusia 90 tahun ini adalah pewaris L'Oreal . Saat ini dia adalah wanita terkaya di dunia.
Liliane Bettencourt mendapatkan keuntungan besar berkat adanya peningkatan 30% dalam nilai sahamkosmetik syarikat Perancis yang dia terajuinya, keuntungan bersihnya bernilai US $ 6 bilion dalambeberapa tahun terakhir.
8. Li Ka-shing
Kekayaan bersih: US $ 31 bilion
Negara: Hong Kong
Sumber kekayaan: Kepelbagaian
Li Ka-shing adalah orang terkaya di Asia dan satu-satunya orang Asia yang masuk senarai 20 orang terkaya di dunia. Kekayaannya melonjak US $ 5.5 bilion kepada AS $ 31 bilion dalam setahun, hal itukerana saham kepemilikannya semua naik sebanyak 10% atau lebih.
7. David Koch
Kekayaan bersih: US $ 34 bilion
Negara: Amerika Syarikat
Sumber kekayaan: Kepelbagaian
David Koch adalah orang terkaya di bandar New York dan dunia, dia menjalankan perniagaan dibidang teknologi kimia melalui syarikat Koch Industries.
Kekayaannya naik US $ 9 bilion dalam masa setahun, hal itu didapatkan kerana penyulingan kimiabertambah murah sebab harga gas alam (bahan mentah) dunia yang turun.
6. Charles Koch
Kekayaan bersih: US $ 34 bilion
Negara: Amerika Syarikat
Sumber kekayaan: Kepelbagaian
Koch dan saudaranya David adalah pemilik saham terbesar dari Koch Industries dengan total saham84%. Koch Industries adalah syarikat swasta kedua terbesar di Amerika Syarikat.
Forbes meramalkan bahawa syarikat ini mengalami peningkatan jualan kira-kira $ 115 bilion setahun.
5. larry Ellison
Kekayaan bersih: US $ 43 bilion
Negara: Amerika Syarikat
Sumber kekayaan: Oracle
Larry Ellison adalah orang terkaya di dunia dengan peningkatan kekayaan yang drastik, sebanyak US $7 bilion dalam setahun, hal itu didapat kerana ada lonjakan nilai saham Oracle lebih dari 20%.
4. warren Buffett
Kekayaan bersih: US $ 53,5 bilion
Negara: Amerika Syarikat
Sumber kekayaan: Berkshire Hathaway
Warren Buffett adalah orang terkaya di dunia pemenang kedua terbesar tahun ini, dengan penambahan kekayaan US $ 9.5 bilion.
Warren Buffett telah mengadakan perjanjian dengan jutawan Jorge Paulo Lemann dari 3G Capitaluntuk mengambil alih pemilikan pengeluar kicap terbesar HJ Heinz Co dengan pembelian sahanbernilai $ 23.2 bilion.
3. amancio Ortega
Kekayaan bersih: US $ 57 bilion
Negara: Sepanyol
Sumber kekayaan: Zara
Amancio Ortega adalah orang terkaya di dunia pemenang terbesar tahun ini, dengan penambahankekayaan bernilai US $ 19.5 bilion. Dengan penambahan ini, dia berjaya mengambil tempat ketigadari Warren Buffett.
2. bill Gates
Kekayaan bersih: US $ 67 bilion
Negara: Amerika Syarikat
Sumber kekayaan: Microsoft
Forbes melaporkan bahawa kekayaan bersih Bill Gates bertambah bernilai US $ 6 bilion pada bulanMac yang lalu kerana keuntungan dalam portfolio pelaburannya.
Orang terkaya di dunia ini juga mempunyai syarikat teknologi Ecolab. Pada bulan Februari dilaporkanada 12 miliader dunia non-Amerika bergabung dalam yayasan Giving Pledge yang ditubuhkan BillGates dan Warren Buffett. Mereka semua di yayasan ini berjanji untuk memberikan sekurang-kurangnya setengah kekayaan bersih mereka untuk amal.
1. Carlos Slim Helu
Kekayaan bersih: US $ 73 bilion
Negara: Mexico
Sumber kekayaan: Telecom
Penguasa perniagaan telekomunikasi dari Mexico ini berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai orang terkaya di dunia dalam 4 tahun berturut-turut.
Kekayaan Carlos Slim Helu bertambah US $ 4 bilion daripada 2012. Keuntungan perniagaannyadiperoleh dari harga saham yang dimilikinya naik, terutama pada Grupo Financiero Inbursa, danGrupo Carso yang merupakan kumpulan industri .
0 comments:
Post a Comment