Felixia Yeap Yang Cantik Menawan Bertudung
Posted By:
Unknown
on December 31, 2013
Ramai yang menyatakan kecairan hati mereka apabila melihat Felixia Yeap bertudung dan memakai baju kurung. Untuk anda yang tidak mengetahui, Felixia adalah seorang model yang hasil kerjanya sering terpampang di FHM, Playboy dan banyak lagi. Memang seksi gila posing yang pernah dibuatnya satu ketika dahulu. Namun kini, cun melecun, ayu, menawan dan manis sangat apabila Felixia bertudung.
SOROTAN 2013: Bahagia & Kecewa, Itulah Pilihan Mereka
Posted By:
Unknown
on December 31, 2013
Peristiwa indah majlis pernikahan pada 2013 berlangsung dengan meriah dan ada juga penuh kontroversi termasuklah perkahwinan Zain Saidin dan Rozita Che Wan yang mendapat tajaan RM13 juta menjadi penutup kalender tahun ini.
Namun di sebalik kita meraikan majlis perkahwinan para selebriti kita, dunia artis juga tidak lari dari kontroversi akibat perceraian dan krisis rumah tangga.
Mari kita imbas peristiwa manis perkahwinan dan juga detik sedih apabila dua hati yang dahulunya mengikat janji berpisah jua akhirnya.
Namun di sebalik kita meraikan majlis perkahwinan para selebriti kita, dunia artis juga tidak lari dari kontroversi akibat perceraian dan krisis rumah tangga.
Mari kita imbas peristiwa manis perkahwinan dan juga detik sedih apabila dua hati yang dahulunya mengikat janji berpisah jua akhirnya.
Intan Layana,Rita Rudaini & Julia Ziegler Serang PA Penipu
Posted By:
Unknown
on December 29, 2013
Menerusi rancangan hiburan Melodi, 3 artis bersama rakan media telah "menyerang" seorang bekas pengurus artis Intan Ladyana kerana dilaporkan telah banyak melakukan penipuan terhadap mereka dan juga peminat.
Khas Untuk Wanita:- Doa Khusus Elak Rogol Dan Cabul
Posted By:
Unknown
on December 27, 2013
Yusry & Lisa Surihani Di London
Posted By:
Unknown
on December 27, 2013
Serius comel sangat Lisa Surihani pakai topi penutup kepala kerana ingin menahan kesejukan yang sedang melanda kota London. Cute sangat-sangat.
Soo Wincci Tersenarai 100 Wanita Tercantik Di Dunia!
Posted By:
Unknown
on December 27, 2013
Terbaru, Soo Wincci telah dinobatkan sebagai salah seorang daripada 100 wanita tercantik di dunia untuk tahun 2013 yang dikeluarkan oleh Independent Critics yang berpangkalan di United Kingdom dan Amerika Syarikat, baru-baru ini.
Koleksi Kereta Paul Walker di Rumah
Posted By:
Unknown
on December 26, 2013
Selepas berita kematian mengejut pelakon fast furious paul walker dan seluruh dunia merasai kehilangan beliau dan kini beberapa agensi berita telah membuat liputan di rumah paul walker dan mempamerkan kepada seluruh dunia kereta-kereta mewah milik paul walker yang masih lagi tersimpan di rumahnya.
Koleksi Kereta Paul Walker
Koleksi Kereta Paul Walker
Johan As'ari & Lana Nordin Kini Putus Cinta!
Posted By:
Unknown
on December 26, 2013
Tiada restu dari orang tua, yup...itulah punca mengapa Johan As'ari bertindak memutuskan hubungan cinta antara beliau dan Lana Nordin.
10 Senarai Orang Terkaya 2013 Di Dunia Beserta Gambar
Posted By:
Unknown
on December 26, 2013
Para jutawan di dunia telah mengalami kemelesetan ekonomi di tahun 2013, seperti disiarkan oleh majalah Forbes baru-baru ini. Pasukan pengira kekayaan Forbes telah mengeluarkan 1,426 nama orang terkaya di dunia.
Dari senarai tersebut, Amerika Syarikat tetap mendominasi dengan 442 orang terkaya di dunia,diikuti tempat kedua Asia-Pasifik dengan 386 orang, Eropah 366 orang, Amerika 129 orang dan TimurTengah dan Afrika masing-masing 103 orang.
Astro Perkenalkan Pula 'Oh My English-Hello America'
Posted By:
Unknown
on December 24, 2013
Barisan pelakon 'Oh My English!-Hello America'.
Selepas telefilem Oh My Ganu mendapat sambutan, drama bersiri bercorak pendidikan Oh My English! tampil dengan sebuah lagi telefilem yang lebih istimewa iaitu Oh My English!- Hello America yang akan bersiaran pada 15 Januari depan, pukul 9 malam di Astro TVIQ.
Gambar Honeymoon Jovian & Nina di Turki
Posted By:
Unknown
on December 24, 2013
Sebaik sahaja selesai melangsungkan majlis resepsi di Temerloh Pahang, pasangan yang baru bernikah Jovian Mandagie dan Nina Sabri Ismail terus terbang ke Turki untuk menikmati saat manis berbulan madu mereka.
TEMPATAN : Meninggal Selepas Bersalin Di Rumah
Posted By:
Unknown
on December 23, 2013
Anyone ade join group gentle birthing malaysia kat fb tak? Terbaru kes meninggal lepas deliver....
Ni statement adik arwah
" Sha Fird The Gentle Birthing Group Malaysia
10 hours ago
Salam..maaf untk sy postkan d cn..sy amat kcw dgn water birth yg di ajar kpd kakak sy..d sbbkan water birth ni la kakak sy Amy Karmila pergi selamanya semalam bertarikh 19/12/13... Beliau amat yakin dgn smua ni smpai sngp pergi ke kelas...tp,apa yg d ajari xsm dgn apa yg d terima...setahu sy arwah ada bgtau uri xkan d potong selepas melahirkan anak..tp,knp mesti potong uri n lepaskan begitu shaja d dlm perut...sdgkan yg jd pemantau semasa proses bersalin adalah slah seorg yg mngajar d kels ni...mohon pencerahan.... "
Jangan Kahwini 6 Jenis Wanita Ini
Posted By:
Unknown
on December 23, 2013
{Pesan Rasulullah} Jangan Kahwini 6 Jenis Wanita Ini | Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”.
1.Wanita Ananah :
wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
Zahiril Adzim Bersyukur Punya Isteri Seperti Shera
Posted By:
Unknown
on December 20, 2013
4 GAMBAR KERETA MEWAH DATUK ROSYAM NOR
Posted By:
Unknown
on December 18, 2013
Pelakon dan penerbit terkenal tanah air, Datuk Rosyam Nor menganggap dakwaan yang mengatakan dirinya memiliki tiga kereta mewah bernilai RM8 juta itu tidak sepatutnya dijadikan isu besar.
6 Gambar Imej Terbaru Syamsul Yusof Kini Berhijrah
Posted By:
Unknown
on December 17, 2013
Soo Wincci Menggigil Dilamar Iqram Dinzly
Posted By:
Unknown
on December 17, 2013
Penyanyi yang kini sedang menempa nama di Taiwan, Soo Wincci mengakui berasa terkejut apabila dilamar oleh pelakon drama ‘Ayoub’, Iqram Dinzly ketika majlis pelancaran album mini terbarunya, ‘Su Win Si by Soo Wincci’, di M Suite @ Embassy Row, Jalan Ampang, baru-baru ini.
Top 20 Artis Bertudung Tercantik Malaysia
Posted By:
Unknown
on December 17, 2013
Berikut senarai top 20 artis wanita yang berpenampilan bertudung paling cantik di Malaysia pada tahun 2013:
20. Ayu Raudhah (Pelakon)
Pelakon Azean Irdawaty Meninggal Dunia Di PPUM
Posted By:
Unknown
on December 17, 2013
LELAKI DENGAN HOBI YANG AGAK PELIK DI SINGAPURA (10 GAMBAR)
Posted By:
Unknown
on December 17, 2013
Menurutnya, sejak dari usia 13 tahun. dia telah memulakan hobi ini. Jadi untuk 20 tahun dia telah mengumpul pelbagai anak patung Barbie.
Gambar Risteena Munim, heroin Playboy Itu Suami Aku
Posted By:
Unknown
on December 16, 2013
Gambar Risteena Munim, heroin Playboy Itu Suami Aku - Jom layan beberapa keping gambar Risteena Munim atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 24, yang amat cantik dan cukup seksi. Pelakon ini merupakan heroin drama bersiri Playboy Itu Suami Aku dan popularitinya semakin memuncak.
Anak Comel Tak Kak Ton berpisah dengan Kekasih kerana Perbezaan Agama!
Posted By:
Unknown
on December 16, 2013
Sammy Simorangkir Berpisah Dengan Personaliti TV3 Kerana Perbezaan Agama
Tahniah - Farawahida Kini Sah Bergelar Isteri Kepada Abdul Shukur
Posted By:
Unknown
on December 16, 2013
Kira-kira jam 10.30 pagi tadi, Farawahida telah pun selamat bergelar isteri kepada Abdul Shukur Bin Mohd Zain dengan sekali lafaz sahaja. Majlis pernikahan telah berlangsung di Taiping, Perak dalam keadaan yang sederhana. Farawahida menerima tujuh dulung hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas dengan sembilan dulang. Fara menerima mas kahwin RM1000 beserta dua bertuk cincin.
6 Perkara Yang Tidak Boleh Dijilat.
Posted By:
Unknown
on December 13, 2013
Menjilat adalah perkara yang biasa dilakukan manusia. Ais krim atau batang ais krim merupakan beberapa makanan yang kerap dinikmati dengan cara dijilat. Namun, untuk hal-hal berikut, menjilat menjadi perkara yang sebaiknya dielakkan:.
Akhirnya Black Dan Isteri Dedah Penipu Perkahwinannya
Posted By:
Unknown
on December 13, 2013
Sebelum penyanyi Black Hanifah selamat menjadi suami kepada wanita bernama Naquia Yasirah atau Chira, penyanyi ini mengalami kontroversi penipuan yang melibatkan wangnya RM30,000 lesap. Malah, selepas selamat berkahwin, isterinya pula dituduh sebagai seorang janda. Bagaimanapun, Black dan isteri tetap tabah menghadapi dugaan tersebut dan semakin bahagia bergelar suami.
Sekitar Majlis Pernikahan Rozita Che Wan & Zain Saidin
Posted By:
Unknown
on December 13, 2013
“Wedding of the year” gelaran diberi, Rozita dan Zain tampak berseri, semoga perkahwinan kekal abadi, hingga ke syurga bersama nanti. Amboi, hebat juga Abang Nara berpantun kan? Hehehe. Ada sesiapa yang berani nak jawab? Secara ikhlas, memang nampak gah, meriah dan cantik sangat majlis pernikahan Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang telah berlangsung semalam. Perhiasan yang digunakan memang first class sangat!!!
PM Lancar Kereta Rasmi Kerajaan – Proton Perdana Berwajah Baru!
Posted By:
Unknown
on December 11, 2013
PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Proton Perdana berwajah baharu sebagai kenderaan rasmi kerajaan.
Johan As'ari Gembira Dengan Perubahan Lana
Posted By:
Unknown
on December 11, 2013
Pelakon Johan As’ari mengakui gembira dengan perubahan kekasihnya, Lana Nodin yang kini sudah berjinak-jinak dengan tidak menggayakan pakaian yang kurang sopan di khalayak umum.
SAFEE SALI BAKAL AKHIRI ZAMAN DUDA, CALON ISTERI WARGA INDONESIA?
Posted By:
Unknown
on December 08, 2013
Pemain bola sepak kebangsaan Safee Sali bakal menamatkan zaman dudanya dan telah memilih tarikh 28 Disember ini. Pilihan hati Safee adalah gadis Indonesia dikenali sebagai Sasha.
Aidil Bersama Seorang Wanita
Posted By:
Unknown
on December 04, 2013
SEBARKAN: Jangan Berhentikan Kenderaan Kalau Ditahan Keluarga Ini
Posted By:
Unknown
on December 04, 2013
Orang ramai dinasihatkan jangan memberhentikan kenderaan jika terlihat pasangan di atas meminta bantuan.
Hal ini kerana, lelaki dalam gambar tersebut dilaporkan mempunyai kecenderungan untuk melakukan kekerasan jika anda tidak memberikan wang yang diminta atau banyak soal kepadanya.
Gambar-Gambar Artis Di ‘Red Carpet’ Anugerah Skrin 2013
Posted By:
Unknown
on December 03, 2013
KELMARIN berlangsung Anugerah Skrin 2013. Seperti biasalah bergaya sakanlah artis-artis terkenal kita, sederhana terkenal, suam-suam kuku dan yang langsung kita tak kenal.
Ada yang mengalahkan mak datin, ada yang macam pergi kenduri kahwin dan ada yang memang ‘vogue’ gitu.
Kalau tanya penulis, ramai sebenarnya yang penulis tak kenal kecualilah seorang dunia, Nor Danish semestinya, ehem!
Pak Nil Selamatkan Orang Gantung Diri
Posted By:
Unknown
on December 03, 2013
Assalamualaikum..Selamat pagi semua..breakfast da?hope sihat semuanya arini kay?Pagi2 lagi FY da bukak blog,tengok dashboard sunggoh ramai ye arini dok cerita pasai Paknil a.k.a Uncle Aznil Hj Nawawi yang selamatkan serang insan dari membunuh diri akibat hutang along..(kami bukan along,kami cuma mau tolong)..FY tumpang bangga la dengan sifat mulia Pak Nil tu..Suke dia!!
Wan Hanafi Su Mula Demand Harga?
Posted By:
Unknown
on December 03, 2013
Walaupun sebelum ini namanya pernah terpalit dengan kontroversi disebabkan adegan ranjang bersama Marsha, namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang dalam bidang seni.
ASTRO BAKAL ADA PESAING YANG HEBAT
Posted By:
Unknown
on December 02, 2013
SULTAN BRUNEI KAWAL LALU LINTAS KETIKA JURU IRING BERMOTOSIKALNYA TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALANRAYA!!!!
Posted By:
Unknown
on December 02, 2013
Pengalaman Hidup Penuntut Sekolah Pemulihan Akhlak Henry Gurney
Posted By:
Unknown
on November 18, 2013
AHMAD JAFRI (bukan nama sebenar) bertubuh gempal dan berkulit gelap. Namun, wajahnya manis dan pandangannya jujur. “Saya kalau boleh tak mahu ingat masa lampau,” pintanya seraya melemparkan pandangan ke lantai. Bergenang air di kelopak matanya. Tangan kanannya menggenggam tangan kirinya.
Khilaf yang dilakukan ketika berumur 11 tahun itu ternyata belum menjadi parut dalam hidupnya. Sebaliknya ia umpama luka yang sedang bernanah. Biarpun sudah hampir 10 tahun menerima hukuman, Jafri masih hidup dalam lingkungan pagar kerawat penjara. Selagi dia berada di dalam tahanan, selagi itu jugalah dia akan ‘diingatkan’ tentang kesalahannya. “Saya tidak ada tempoh hukuman.
Semuanya bergantung kepada persetujuan Sultan untuk memberi pengampunan. “Tahun ini saya masih menunggu jawapan untuk permohonan pengampunan kali kedua,” kongsi Jafri yang merupakan Tahanan Limpah Sultan (TLS) di Sekolah Henry Gurney, Teluk Mas, Melaka.
Selepas setahun ditahan reman di Penjara Kajang atas kesalahan rogol dan bunuh pada 1998, dia dimasukkan ke Sekolah Tunas Bakti, Sungai Besi, Kuala Lumpur untuk menjalani pemulihan. Apabila usianya mencecah 14 tahun, Jafri menghuni Sekolah Henry Gurney pula sehingga sekarang.
“Kalau saya tidak masuk ke sini, tak tahulah apa akan jadi dengan hidup saya. Sebelum masuk ke sini, hidup saya terumbang-ambing. Mak dan ayah bercerai. Masing-masing kahwin lain. Mak tinggal di Kuala Lumpur, ayah di Kedah. Saya tinggal dengan nenek di Perak.
“Tetapi adik-beradik mak saya tidak suka saya tinggal dengan nenek. Walaupun sayalah yang mencari nafkah untuk menanggung kami berdua,” luahnya yang mengambil upah menebas rumput dan melakukan kerja-kerja kampung pada waktu itu.
Sorok mayat
Meninggalkan nenek di kampung untuk tinggal dengan ibunya di Kuala Lumpur, Jafri yang baru berumur lapan tahun ketika itu bagaimanapun dihambat kehampaan apabila bapa tirinya pula tidak merestui kehadirannya di rumah mereka.
“Saya bawa diri dan menyewa di sebuah rumah bujang. Rata-rata teman serumah berumur di antara 19 hingga 24 tahun.
“Untuk menanggung sewa rumah, saya bekerja sebagai kelindan lori dan melakukan kerja seperti mengangkat barang,” kata Jafri yang sudah tidak bersekolah, tidak tahu membaca, menulis, apa lagi mengira pada usia itu.
Dalam keadaan tidak menentu dan keseorangan itulah, Jafri terlibat dalam jenayah berat – merogol, membunuh dan menyembunyikan mayat kenalan perempuannya.
“Mula-mula selepas menyorokkan mayatnya, saya buat tidak tahu saja. Tetapi pada keesokan harinya saya berasa tidak betul. Saya tidak tahu apa yang hendak dilakukan lalu menyerah diri saja kepada polis,” dedahnya.
Jafri tidak terus berkongsi. Baginya, cukuplah kenangan hitam itu terkambus tanpa diulang tayang.
Harap diampun Sultan Selangor
Namun, di bumi Sekolah Henry Gurney yang seluas 13 hektar itu kata Jafri, dia menemukan ketenangan.
“Kehidupan di sini membuatkan saya berasa seperti mempunyai keluarga. Apa yang saya makan, itulah yang penghuni lain makan.
“Daripada tidak tahu membaca, menulis dan mengira, sekarang saya dapat menyertai teman-teman yang lain menulis surat kepada ibu bapa kami setiap minggu.
“Di sini, saya diberi peluang untuk belajar menjahit. Sekarang, dalam masa 45 minit saya dapat menyiapkan sepasang baju uniform polis. Kerja-kerja bengkel inilah yang dapat membuatkan saya lupa kepada kesalahan saya yang dulu,” ujarnya.
Benar-benar mengharapkan pengampunan daripada Sultan Selangor, penghuni paling lama Sekolah Henry Gurney dengan kesalahan paling berat, yang kehilangan bapanya pada bulan puasa tahun lalu kini mengharapkan peluang untuk menjaga dan menyara ibunya melalui wang upah menjahit yang direncana akan dilakukan sebaik saja dibebaskan.
Pada hari ini, Kapten untuk sekolah pemulihan itu sudah dijadualkan untuk menyambung tempoh hukumannya di Penjara Kajang pada ulang tahun kelahirannya yang ke-21 pada 27 Oktober nanti.
“Saya tak takut. Sebelum masuk ke sini, saya terlebih dulu merasa tinggal di Penjara Kajang. Saya sudah tahu rasanya tinggal di penjara yang sebenar,” ujarnya tentang persediaan masuk ke penjara yang dihuni golongan dewasa.
Sekolah Henry Gurney ialah sebuah institusi pemulihan untuk juvana berumur di antara 14 hingga 21 tahun di bawah Jabatan Penjara Malaysia. Ia pertama kali ditubuhkan pada 1949 dengan nama Sekolah Akhlak Tertinggi.
Nama Sekolah Henry Gurney diguna pakai pada tahun 1950 sempena pembukaan rasminya oleh mendiang Sir Henry Gurney.
Tidak terhad kepada ilmu akademik, sekolah itu turut menawarkan peluang kepada pelajar untuk aktif dalam sukan dan belajar kemahiran.
“Ada antara pelajar kami yang memenangi pingat emas di peringkat kebangsaan dan menjadi olahragawan MSSM 2009. Pasukan tinju kami contohnya, bakal mewakili Melaka untuk Sukan Malaysia (Sukma) yang akan datang,” ujar Pengarah Sekolah Henry Gurney, Penguasa Penjara (PP) Samihan Misdi.
Tulis surat kepada ibu setiap minggu
Dalam bidang kemahiran, Ahmad Jafri menunjukkan potensi yang tinggi untuk menguasai bidang jahitan dan fesyen.
“Dia pernah mendapat anugerah Pelajar Cemerlang daripada Kolej Yayasan Mara pada tahun 2004 untuk kemahiran menjahit.
“Pelajar ini, yang berhenti sekolah sejak darjah dua juga asalnya tidak tahu membaca, menulis dan mengira. Tetapi sekarang dia sudah dapat menulis sendiri surat kepada ibunya,” kongsi Samihan.
Tahun 2008 membuka lembaran baru buat Sekolah Henry Gurney apabila mereka mencatatkan 100 peratus lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Lebih menarik, mereka turut berjaya melahirkan beberapa pelajar cemerlang.
Antara mereka ialah pelajar yang masuk ke situ dengan pendidikan sehingga darjah enam saja tetapi berjaya meraih enam A – satu pencapaian yang tidak disangkakan terutama dari sekolah berstatus ‘sekolah budak jahat’ itu.
“Pencapaian akademik pelajar mula menunjukkan perubahan apabila kami menerima 10 guru berkelulusan ijazah sarjana muda dan tujuh lagi dengan kelulusan diploma.
“Kehadiran mereka membuatkan pelajar menjadi lebih bermotivasi untuk belajar,” ujar Samihan.
Tidak meletakkan pencapaian akademik sebagai sasaran utama, sekolah yang berpegang kepada moto Resurgam yang bermaksud ‘Saya akan bangkit kembali’ itu sebenarnya, kata Samihan, berazam untuk melahirkan ‘graduan’ yang mampu berjaya dalam hidup apabila mereka keluar dari sekolah itu kelak.
Salah satu cara yang diamalkan sekolah berasrama penuh itu untuk membangunkan semula sahsiah pelajar ialah dengan mewajibkan setiap pelajar menulis surat kepada keluarga mereka setiap minggu.
Apabila aktiviti seperti itu diwajibkan, pelajar yang masuk dengan status buta huruf juga mendapat kebaikannya.
“Kami ada kira-kira lima peratus pelajar yang masuk dengan status buta huruf. Di sini mereka diajar membaca, menulis dan mengira.
“Jadi semua ‘graduan’ sekolah ini akan keluar dengan sekurang-kurangnya kebolehan membaca, mengira, menulis dan memiliki satu sijil kemahiran atau akademik,” katanya.
2kg Rambut, Kapur Dalam Perut
Posted By:
Unknown
on November 18, 2013
NEW DELHI – Apabila seorang remaja mengadu tidak boleh makan atau minum selama beberapa hari, sekumpulan doktor memutuskan untuk mencari puncanya.
Tidak seperti dijangka, apa yang mereka temui sangat luar biasa. Di dalam perut remaja perempuan itu ialah gumpalan rambut seberat hampir dua kilogram yang tersangkut di antara perut dan usus kecilnya.
Pakar perubatan India mendapati, remaja berusia 19 tahun itu mempunyai tabiat suka memakan rambut sendiri, selain kapur tulis jika dia berada di sekolah. Gabungan ‘makanan’ aneh itu kemudian berkumpul dalam tubuh remaja terbabit sebelum lama-kelamaan menjadi besar.
Sepasukan pakar bedah dimaklumkan mengenai penemuan itu selepas remaja terbabit – dari Rajgarh dan Madhya Pradesh – berkunjung ke Hospital the Maharaja Yeshwantrao di Indore bulan lalu. Diketuai Dr Parvinder Singh Lubana, mereka akhirnya berjaya mengeluarkan gumpalan rambut yang ‘membungkus’ kapur berkenaan.
Seorang daripada pakar bedah itu, Dr Amit Agarwal, berkata saluran usus remaja terbabit tersumbat menyebabkan dia tidak boleh mengambil makanan atau minuman selama beberapa hari. Bagaimanapun, gumpalan rambut itu bukanlah yang terbesar pernah dikeluarkan dari tubuh seseorang dalam tempoh beberapa tahun lalu.
Pada November 2007, doktor di Amerika Syarikat (AS) menemui gumpalan rambut seberat hampir lima kilogram dalam perut seorang remaja perempuan. Berusia 18 tahun ketika itu, remaja terbabit mendapatkan bantuan doktor selepas mengalami kesakitan dan bengkak perut selama lima bulan.
Imbasan menunjukkan ada gumpalan besar di bahagian perut remaja terbabit. Lima hari selepas dikeluarkan, pesakit kembali makan secara normal dan dibenarkan pulang. – DM
Kisah Sedih Kanak-Kanak Separuh Badan [Gambar]
Posted By:
Unknown
on November 17, 2013
Ini adalah Qian Hongyan , seorang kanak10 tahun yang tinggal di China.Qian kehilangan kedua – dua kakinya dalam kemalangan kereta pada tahun 2000 semasa beliau hanya berusia empat tahun. Membesar di luar bandar Luliang daerah, wilayah Yunnan barat daya China .
Gambar- gambar ini, yang diambil pada tahun 2005 apabila Qian hanya berusia 10 tahun , menunjukkan bagaimana. Qian belajar untuk berjalan menggunakan tangannya , dengan menggunakan potongan bola keranjang yang di potong setengah. Menurut agensi berita Xinhua , dia digelar ” gadis bola keranjang ” oleh penduduk tempatan.
Pada tahun 2005 , setelah mendapat perhatian dalam akhbar Cina , Qian di jemput ke Beijing untuk menerima bantuan kaki tiruan percuma di China Pusat Penyelidikan Pemulihan, pusat yang telah menyediakan bantuan kepada golongan kurang upaya di China selama lebih 20 tahun.
Xinhua melaporkan bahawa Qian dilahirkan dari sebuah keluarga miskin, dan bahawa dia terpaksa menerima hakikat bahawa apabila rawatan perubatan beliau berakhir pada tahun 2007, dia tidak akan dapat meneruskan pelajaran beliau dengan rakan- rakannya .
Walau bagaimanapun , Qian mendapati peluang lain . Beliau menyertai kelab renang tempatan untuk orang kurang upaya , yang pertama seumpamanya di negara ini , yang ditaja oleh Wilayah Persekutuan Yunnan Orang Kurang Upaya .
Pada mulanya , dia mendapati agak sukar .
“Saya terpaksa berusaha lebih daripada kanak-kanak lain apabila saya belajar untuk berenang, ” Qian memberitahu China Daily pada tahun 2011. ” Ia seolah- olah tidak ada cara saya boleh terapung di dalam air. Saya sebak. “
Bagaimanapun, beliau kemudian menjadi atlet yang berjaya, latihan selama empat jam setiap hari . Beliau berharap untuk satu hari pingat kemenangan untuk negaranya dalam Sukan Paralimpik.
Kejayaan beliau boleh menandakan nasib yang berubah-ubah orang kurang upaya China. “Pada masa lalu,” kata jurulatih beliau, Li Ke-qiang, memberitahu BBC pada tahun 2008 , “orang hina orang kurang upaya. Mereka fikir mereka semua pengemis, hanya meminta wang.”
“Tetapi sekarang, apabila mereka melihat perenang kurang upaya seperti ini, mereka boleh melihat bagaimana keras mereka berusaha sendiri. Dan itulah satu permulaan.”
Subscribe to:
Posts (Atom)