China, 23 Jun - Akibat menjalani rawatan bekam setiap hari selama sebulan, seorang lelaki berusia 63 tahun dari Sichuan, Li Lin, menderita apabila kesan bekam itu memburuk - dan ia boleh dilihat dari 7 parut besar di belakangnya.
Laporan menyebut, lelaki yang menderita akibat kolestrol tinggi, sakit bahu, dan beberapa penyakit lain itu pada mulanya hanya berhenti untuk berbekam di sebuah kedai urut di Chengdu pada Mei untuk rawatan bekam selama satu jam. Namun apabila dia merasa lehernya sakit, dia kembali untuk berbekam semula.
Li Lin berkata : "Pekerja di pusat rawatan itu menasihati saya untuk terus mengambil rawatan bekam selama sebulan untuk menyebuhkan sakit bahu saya".
Menurut Li Lin, cawan bekam diletakkan pada tempat yang sama setiap kali rawatan.
Biarpun 7 kesan parut sudah pun kelihatan selepas 10 hari rawatan, lelaki itu berdegil untuk menyudahkan rawatan sebulan itu dengan penuh.
Pada 20 Jun, selepas selesai rawatan selama sebulan itu, dia merasa sesuatu yang ganjil pada badannya dan mengalami demam panas. Dia kemudian dikejarkan ke hospital dimana doktor mendapati suhu badannya mencecah 37.7 darjah celcius.
Apabila diperiksa, doktor terkejut apabila mendapat terdapat 7 parut besar di belakangnya.
Parut-parut itu telah memburuk dan terkena jangkitan kuman. Sekiranya tidak segera ke hospital, dia berkemungkinan akan mengalami sepsis.
Ahli medik berkata berbekam sepatutnya tidak dilakukan di kawasan yang sama kerana ia boleh menyebabkan kulit terbakar dan jangkitan.
Netizen di Weibo (laman Facebook versi China) mengecam kedai itu kerana mengelirukan pelanggannya.
"Tak rasa sakit ke? Bagaimana dia boleh terus menerus pergi rawatan bekam tu", tanya seorang netizen.
"Kedai itu sangat tidak bertanggungjawab kerana mencadangkan dia mengambil rawatan bekam setiap hari", tulis netizen lain. - Siakapkeli.my
Sumber : shanghaiist.com, dailymail
Filled Under:
Gila
Lelaki Menderita Selepas Jalani Rawatan Bekam Setiap Hari Selama Sebulan
Posted By:
Unknown
on June 24, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment