Filled Under:

"Abang Boleh Tolong 'Check In' Bagasi Saya Atas Nama Abang?" Rayu Lelaki Yang Baru 5 Minit Dikenali

Sering kita dengar diluar sana ada ramai orang yang telah ditangkap oleh pihak berkuasa di lapangan terbang gara-gara membawa barangan terlarang.

Kebanyakkan mereka menjadi 'keldai' atau mangsa pengedar dadah apabila membawa masuk barangan berkenaan tanpa disedari dengan pelbagai taktik yang digunakan.

Dikongsi oleh seorang pengguna Facebook Ariati Mohd yang mengisahkan pengalaman rakannya yang berlaku di Lapangan Terbang Labuan di mana hampir-hampir menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab.

Jom kita baca.

Kepada mereka yang selalu travel sila baca artikel ini. Kejadian berlaku pada kawan saya dan isteri di airport Labuan semalam..

Kisah semalam di Airport Labuan..

Setelah sampai di Lapangan Terbang Labuan, kami berdua nak berjalan mencari tempat untuk membuka bagasi sebab nak susun semula barang2........(maklum la, banyak coklat & 4 pasang kain lagi).

Biasanya kerja packing, saya akan buat sendiri, tak bagi suami buat, biasalah bekas peramugari, memang suka guna beg bagasi.

Sambil saya packing, ada seorang lelaki tak dikenali ni tetiba sembang dengan hubby. Sembang biasa biasa gitu...sembang pasal coklat kita la, nak pi mana la, bla bla bla....)

Dalam hati saya bermonolog,"ramahnya lelaki tu"...

Setelah habis packing dan saya bagitau hubby dah siap, hubby pun ajak pi cari surau nak solat sat.

Baru beredar entah berapa belas langkah jer, lelaki yang tadi tu pun panggil kami dari belakang dan hubby pun toleh.

"Abg, mau minta tolong boleh ah? Saya banyak barang mau angkut balik dan dah melebihi berat luggage. Boleh tolong saya bagi saya check in bawah nama Abang dan nanti sampai KL saya bayar duit sama Abang."(Dengan nada yg merayu sangat)....

Me: "awak flight pukul berapa? MAS ka?

Stranger: "Pukul 3pm. Sama"

Belum sempat saya nak hampir-hampir kata "boleh" (ye lah, lembut hati nak tolong org yg kesian kan ), lantas hubby dengan muka yang serious, nada yang tegas tapi sopan dan berkata kepada lelaki tu.....,"TAKPA lah."

Lepas hubby pegang tangan saya & beredar, saya tanya hubby dengan nada hairan...

Me: "Yang, naper u rejected tadi? Tak tolong dia."

Hubby: "kita tak kenal dia. Tetiba nak tolong check in barang dia. Memang dia kata ikan. Mana tau perut ikan tu disumbat dadah ker...bukan nak sangka buruk, tapi kita tak kenal dia. Kang anything happened, kita yg kena."

Me: "oh, betul betul betul. Nasib baik ada kanda, Kalau kanda takda & dinda seorang, mesti Dinda tersetuju untuk tolong, Huhuu."

Hubby: "Kalau pakcik sendiri takpa. Ni yang tetiba minta tolong, sembang pun tak sampai 5minit, better jangan. Kena ingat tu"

(kata hubby dengan nada yang menasihat tapi lembut)

Me: ~ mode insaf kejap ~

Setelah masuk kapal terbang dan hubby tanya saya ada tak nampak lelaki tu yang kononnya naik kapal terbang sama ni. Mata saya liar mencari dan saya kata memang takda. Betul takda!
Hubby pun senyum paksa, tandanya apa yg dia jangka tu mungkin tepat....

Kalau tak, percuma jadi "keldai" stranger tu (tak tuduh, just in case jer....).

Moral: Berhati-hati jika ada org minta tolong jadi "transporter".

Macam dalam movie tu boleh jer asyik terlepas & jadi kaya.

Realitinya kalau terjadi kat kita di sini, tali gantung penjara lah yg akan transport-kan kita ke alam Barzakh. (Means transport dadah tu hukumnya tali gantung ler).

Harap semua orang hati-hati yer.

Jangan percuma jadi "keldai" hanya kerana duit. Duit tu bukan penjamin kita selepas
Take care, semua.

- Siakapkeli.my




0 comments:

Post a Comment