Filled Under:

Lelaki ini Bernilai 1.73 Juta. Nak Tahu Kenapa?

Oleh Feyra Nasrom Sumber Metro

Zaman sekarang, kuasa teknologi semakin canggih, nak kurus, nak cantik sekejap sahaja jika ada wang yang banyak. Tambahan, manusia memang tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki. Contohnya, mengubah rupa asal dengan melakukan pembedahan plastik. Mereka sanggup berhabis wang semata-mata ingin mendapatkan apa yang diingini. Tetapi, kalau sudah memudaratkan diri malah mencacatkan lagi dari rupa sebenar , apakah pendapat anda?

Seorang pramugara yang menetap di London, Rodrigo Alves akui berbelanja sebanyak 1.73 juta pembedahan plastik semata-mata ingin menyerupai anak patung Ken.

Menurut Alves, perbelanjaan itu termasuk RM57,000 untuk menegangkan pinggul, RM137,000 untuk implan silikon pada dada, RM273,000 untuk membentuk perut ‘eight packs’ menggunakan lemak dan kulit tubuhnya sendiri.

Kini, beliau kelihatan jauh berubah dari rupa asalnya, dan Alves sangat gembira dengan kemunculan terbaru wajahnya. Erk, lagi hensem rupa asal rasanya. Jom tengok transformasi Alves dekat bawah ni. Haa hensem ke tidak?




0 comments:

Post a Comment