Filled Under:

Beratur enam jam demi iPhone baru


Kira-kira 200 peminat telefon pintar iPhone 6 mula beratur di depan kedai BlueCube Celcom Axiata Berhad (Celcom) di pusat membeli belah Sunway Pyramid di sini sejak 6 petang tadi untuk menjadi antara pembeli pertama gajet terbabit di Malaysia.

Meskipun kaunter jualan hanya dibuka jam 12.01 tengah malam nanti, rata-rata peminat tidak berganjak dari barisan masing-masing di bawah khemah yang disediakan Celcom. Wakil Celcom memaklumkan, kaunter jualan akan dibuka sehingga 6 pagi untuk individu yang sudah menempah iPhone lebih awal.

Selain Celcom, dua lagi syarikat telekomunikasi, Maxis Berhad dan DiGi Telecommunications Sdn Bhd turut membuka kedai sehingga lewat malam di lokasi terpilih. iPhone 6 dan 6 Plus akan mula dipasarkan di Malaysia secara rasmi pada 6 November ini.

Apple melancarkan bukan satu tetapi dua versi iPhone baru iaitu iPhone 6 dan 6 plus yang dilengkapi skrin 4.7 inci serta 5.5 inci. Kedua-dua iPhone 6 baru ini dilengkapi paparan Retina HD yang baru dengan iPhone 6 memiliki resolusi 1334 x 750 piksel manakala resolusi untuk iPhone 6 Plus pula ialah 1920 x 1080.16. HMetro




0 comments:

Post a Comment